fbpx

Kami begitu menyukai cabaran yang berkaitan dengan makanan, jadi kami tidak boleh ketinggalan dalam mencabar diri untuk mencuba kepedasan hidangan di Ayam Gepuk Ganteng. Dengan itu, kuartet dari M Makan Kaki menuju ke Meru. Restoran Indonesian-Melayu yang terkenal ini terletak  bersebelahan dengan Doremi Steamboat. Melihat pada papan tanda hitam dengan gambar ayam yang garang seakan mempersendakan saya “Am I a chicken?”. Tolong lah, kami dah bersedia! Kami ke sini bukan untuk ditakutkan oleh ayam, jadi mari kita beratur masuk ke dalam.

Hidangan Indonesia Kesukaan Orang Ramai

Suasana di restoran ini hiruk-pikuk dengan dipenuhi oleh orang ramai ketika waktu makan tengah hari (pastikan korang dating sini lebih awal). Pesanan online dan juga (in-house) dating dengan terus menerus tanpa henti! Nampak gayanya hidangan di sini terjual macam (hot cakes)! Ayam Gepuk Ganteng merupakan salah satu restoran yang mempelopori perniagaan masakan Indonesia di Ipoh, sebab itu lah mereka diterima oleh warga Ipoh.

Ayam Penyet/Geprek/Gepuk? Semua Nampak Sama Je

Seperti nama yang tertera, kepakaran mereka semestinya menghasilkan hidangan Ayam Gepuk. Orang Malaysia kini menunjukkan minat terhadap masakan Indonesia. Mungkin ianya mempunyai banyak kesamaan seperti masakan Malaysia. Korang fikir yang sama tak? Nasi Putih, Ayam Goreng dan sambal…..mesti kena ada!

Oleh kerana ia menjadi perkara besar sekarang, penting untuk memahami perbezaan di antara Ayam Penyet, Ayam Geprek dan Ayam Gepuk. Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, Ayam Penyet merupakan hidangan ayam goreng keemas an yang dipenyek bersama nasi, sambal dan kremes (serdak tepung gorengan ayam). Manakala bagi Ayam Geprek pula ialah ayam tanpa tulang yang digoreng bersama tepung dan ditumbuk hancur bersama sambal di dalam lesung batu. Akhirnya, Ayam Gepuk ialah kombinasi di antara Ayam Gepuk dan Ayam Geprek. Ayam yang dileperkan (seperti Ayam Penyet) di letakkan bersama sambal di atas nya seperti Ayam Geprek. Diharapkan penjelasan ini dapat menjelaskan perbezaan antara hidangan ini.

Permulaan Ayam Gepuk Ganteng Yang Epik

Seterusnya, kami berbesar hati ber-business talk bersama Encik Azril, pengasas Ayam Gepuk Ganteng. Tak semua orang menghargai segala kesusahan orang lain terpaksa tempuh sebelum mereka berjaya. Kisah sedih bermula apabila mereka mula merenungi status pekerjaan di mana terdapat perkhabaran MAPS (Movie Animation Park Studio) yang akan ditutup. Malang tidak berbau apabila perkhabaran ini menjadi reality dan membuatkan mereka hilang punca pendapatan. Disebabkan perkara ini, mereka mula berniaga pakaian ‘streetwear’ dan aksesori, akan tetapi ianya tidak membuahkan hasil.

Tidak mahu terus menganggur mereka membuat keputusan untuk membuka perniagaan makanan. Mereka membawa idea perniagaan Ayam Gepuk ke Ipoh ketika ianya sukar untuk dicari di sini. Mereka bermula dengan membuka warung kecil (kanopi dan meja), berhadapan dengan McDonald Meru. Walaupun berhadapan dengan kemelutan COVID-19, perniagaan mereka makin baik hari demi hari dan seterusnya berpindah kepada menyewa hadapan premis. Di sini mereka menjalakan perniagaan secara ‘take away’ dan penghantaran. Setelah perniagaan semakin berkembang maju, mereka menyewa keseluruhan premis tersebut. Ini merupakan perjalanan perniagaan mereka dan ia mengambil masa hampir 2 tahun. Perjalanan merka dalam menempuh segala dugaan dan mencapai kejayaan sememangnya hebat!

Setiap Kejayaan Ada Kesusahannya

Perkara yang mengejutkan saya ialah mereka tiada sebarang kemahiran dan latar belakang dari industi F&B. Menurut Encik Azril, mereka menggunakan resepi (improvised) daripada neneknya yang berketurunan jawa. Dia turut mendedahkan persiapan Ayam Gepuk paling sukar…..memerlukan tenaga yang kuat! Ia mengambil masa yang lama dan proses yang berperingkat. Encik Azril menjelaskan, bukan sahaja mereka kena cabut tangkai cili satu per satu, tapi juga perlu memastikan ayam dipotong mengikut saiz yang ditetapkan. Dia turut menambah, semua ini merupakan titik peluh mereka…..survival mereka dalam menghasilkan Ayam Gepuk yang terbaik.

Tambahan lagi, saya ingin menekankan mengenai servis mereka. Anda semua perlu tahu servis di sini memang terbaik! Krew mereka akan datang ke meja dengan begitu kerap bertanya mengenai makanan dan melihat keadaan kami sama ada mampu menahan kepedasan walaupun hidung dah berair dan tangisan mengalir di pipi. Mereka juga mengambil gambar dan video pelanggan untuk dimuat naik di akaun rasmi intagram mereka (saya nak stalk Instagram dorang, tengok ada tak muka saya dalam tu). Thumbs up untuk servis mreka yang paling sweet!

Kepedasan Yang Menguji Kewarasan!

Sudahkah anda bersedia untuk ulasan makanan yang penuh keperitan? Pertama sekali, mari kita mulakan dengan set nasi ━  Set Ayam Gepuk Ganteng and Set Keli Ganteng. Tempeh, kubis, timun dan sambal signature (cili yang ditumbuk halus memenuhi ruangan nasi) dihidangkan bersama di dalam set ini.

Set Ayam Gepuk Ganteng
(RM8.00)
Set Keli Ganteng
(RM8.00)

Rakan kami mengambil langkah berani mula marasa hidangan sensasi ini. “Pedas Mak Oi!” tu kata pertama yang keluar dari mulut dia sambil meneguk air dan mengelap peluh. Serious ia buat saya takut! Walau bagaimanapun,  saya beranikan diri untuk mencuba…..demi ingin memberi ulasan yang terbaik untuk anda. UGH! Untuk seorang yang lemah macam saya, rasa kepedasan membuat lidah saya (tergamam) pada suapan pertama. Rasanya seperti menelan bebola api! Masa untuk terus menerus meneguk air…..barisan air yang berada di atas meja ni memang penyelamat kami!

Lemon Ais (RM2.50), Ribena Lemon (RM3.50), Ribena Soda (RM3.50) and Longan Soda Citrus (RM4.50)

Akan tetapi, kalau korang betul betul dapat tolak ketepi rasa pedas, sambal ini sebenarnya mempunyai rasa yang menyelerakan. Ayamnya diperasa dengan baik…..walau kami tidak begitu tahu apa bahan yang digunakan dalam perapan ayam ni. Tapi rakan kami yang cerewet mendapati ianya agak kering…..tapi nama pun goreng garing kan?

Ayam Gepuk Indomie

Set Indomie Ayam Gepuk
(RM10.00)

Kedua, jika anda tiada mood nak makan nasi, boleh la cuba set Ayam Gepuk Indomie. Persoalannya, apa je yang tidak memuaskan kalau kita dapat sepinggan Indomie goreng? Bagi yang tidak tahu, Indomie ialah jenama mee segera yang dihasilkan oleh syarikat Indonesia iaitu Indofood. Indomie Mi Goreng merupakan produk yang paling popular bagi syarikat ini.

Hidangan ini dipenuhi dengan ketulan kecil ayam, dengan itu sudah pasti lah ianya penuh dengan perasa ayam. Ayam gepuk dan sambal turut dihidangkan bersama di dalam set. Ayam gepuk ni memang sesuai betul di makan bersama indomie. Saya memang begitu kagum melihat rakan kami yang rileks je menikmati sambal. Saya rasa sel reseptor dia dah bersatu dengan kapsaisin (capsaicin)…..macam mana ya dia boleh dengan seronoknya makan sambal tu.

Semangkuk Bakso

Set Bakso Ganteng
(RM6.00)

Yang terakhir, kami turut mencuba Set Bakso Ganteng. Untuk pengetahuan, bakso ialah makanan popular Indonesia terdiri daripada bebola daging bersama mee dan sup. Untuk set ini, terdapat beberapa pilihan mee yang anda boleh pilih iaitu di antara mee kuning, bihun atau maggi. Saya tak pernah cuba maggi bakso sebelum ini, so saya pilih menu ini. Kesimpulannya, sup dan bebola daging ini berasaskan daging. Bebola daging dibuat secara homemade dan ia begitu lembut dan berlemak. Manakala untuk sup pula ia memang sedap dan tak terlalu kuat rasanya…..memang berbaloi untuk dicuba. Amaran! Sambal kicap akan buat mulut korang terbakar.

Makanan Pedas = Mood Baik

Secara amnya, makanan dan servis di sini memang terbaik, walaupun terpaksa menanggung kesakitan! Gabungan sempurna di antara rasa dan kepedasan menjadi salah satu unique selling point di sini. Kali ni kami hanya membelanjakan sebanyak RM46.00 je. Untuk rating, saya bagi mereka 8/10. Sebagai penutup, Ayam Gepuk Ganteng memang tempat yang boleh dituju apabila anda menginginkan rasa makanan pedas. Dengan ini, kami mengundurkan diri dengan lidah yang kelu dan berkemungkinan berulang alik ke tandas sebentar nanti (gurau je).  

Alamat
70, Jln Meru Bestari A8, Bandar Meru Raya, 31200 Ipoh, Perak
No. Telefon
018-243 4403
Waktu Operasi
11.00 pagi – 10.00 malam (Setiap hari)

NOTA : Kami tidak makan secara percuma, ataupun kami dibayar(ditaja) untuk food review ini. Semua kos makanan ditanggung oleh kami sendiri dan bukan daripada mana-mana tajaan. Food review ini adalah ringkasan umum dari maklum balas yang diberikan daripada semua ahli keluarga M Boutique yang mengambil bahagian.

Rookie writer who stares into the space thinking about how bedazzled her life with boba and star wars...
Close

Language