fbpx

Kali ini M Makan Kakis meneruskan perjalanan ulasan makanan kami dengan memenuhi keinginan untuk merasa masakan barat. Dengan itu, masa untuk pergi ke Cottage 75! Keterujuaan kami sedikit merudum apabila hujan lebat mula turun menemani kami disepanjang jalan menghala ke Meru Raya. Walau bagaimanapun, sedikit perkhabaran baik apabila ia hanya mengambil masa selama 10 minit untuk sampai ke restoran ini.

Sewaktu menjejakkan kaki ke dalam kafe, saya terus menyimpang ke display kek yang berdekatan dengan pintu masuk. Mata saya terus fokus kepada kek dan tak sabar rasanya nak order kek. Krew mereka tidak mengambil masa yang lama dalam menempatkan kami di ruang yang telah dikhaskan. Hey! Ada nama saya ditulis pada papan tulis yang diletakkan di atas meja.

25 Tahun Pengalaman Dalam Kulinari

Sebelum memulakan ulasan makanan, mari kita catch up serba sedikit latar belakang kafe ini. Paling mengagumkan saya adalah Chef Am (pengasas kafe) mempunyai pengalaman selama 25 tahun dalam bidang kulinari. Beliau/dia telah menghabiskan masa yang lama bekerja di luar negara, seterusnya membawa pengalaman ini kembali ke Malaysia dengan membuka Kafe Cottage 75 di Meru Jaya, Ipoh pada tahun 2015.

Disebalik Nama Cottage 75

Nama “cottage” berkait rapat dengan senibina rumah cottage England yang membawa makna rumah kecil. Melalui pengalaman bekerja di United Kingdom untuk beberapa tahun, Chef Am tertarik akan senibina ini dan mengambil nama cottage tersebut. Seterusnya, “75” pula merupakan tahun kelahiran Chef Am. Maka dengan itu, tercipta lah nama Cottage 75. Begitu nostalgik bukan?

Tambahan lagi, suasana di restoran ini begitu menyenangkan seperti berada di rumah. Dekorasi sambutan hari jadi yang menghiasi dinding turquoise kafe ini menarik minat kami. Dengan itu, ini menunjukkan mereka turut menyediakan ruang acara sambutan hari jadi dan keramaian di sini.

Okay, dah cakap banyak pasal latar belakang kafe, apa kata kita pergi kepada ulasan makan. Rakan-rakan sedang sibuk meniliti apa yang ingin dimakan menerusi buku menu. Saya rasa mereka memilih dan sukar untuk membuat keputusan kerana terdapat pelbagai pilihan makanan yang menarik. Menu di sini mengujakan kami dengan beraneka menu seperti Menu Eropah (Itali dan Perancis), Makanan Barat Lokal, Masakan Asia dan banyak lagi. Di samping yang lain masih sibuk menekuni menu, saya sudah ada menu yang ingin dicuba di dalam fikiran iaitu salmon dan kek.

Lotus Biscoff Lovers You’re In For A Treat

Kek Biscoff Lotus Cheesecake yang paling awal tiba dan dihidangkan dengan begitu cantik. Kek ini sedap ditambahkan lagi dengan rasa biskut Lotus yang diletakkan sebagaitopping. Tidak sampai beberapa saat je, saya dan rakan menghabiskan kek ini sehingga licin. Dengan itu, berkemungkinan saya akan datang semula ke sini untuk Lotus Cheesecake.

Permulaan Yang Baik!

Selepas kek habis, hidangan pembuka selera (Salad Warm Smoked Duck) tiba di meja. Kelembutan daging itik dapat dilihat apabila rakan kami menghirisnya dengan begitu mudah. Makna daging itik ini begitu sahaja sudah cukup sedap. Lebih-lebih lagi dicicah bersama sos beri compote yang manis. Sos ini merupakan resepi daripada pengalaman Chef Am bekerja di Perancis. Walau bagaimanapun, saya tidak dapat terus memberi rating menerusi tanggapan pertama terhadap beberapa hidangan ini. Masih terdapat banyak makanan yang akan datang…jadi mari kita nantikan apa lagi yang mereka boleh buat.

Emerald Seabass Fillet

Masa untuk mencuba masakan Eropah, Emerald Seabass Fillet. Penggemar makanan laut di luar sana pasti akan menikmati hidangan ini. Ia menggabungkan kerang, udang, sotong, dan juga Lala. Fillet Ikan Siakap mengejutkan dengan rasa sedap, rangup diluar dan berjus di dalam. Sos veloute yang halus dan berkilat membuatkan kami menghabiskan kesemua sos meninggalkan mangkuk kosong.

Salmon Besar di Kafe Cottage 75

Makanan malam saya akhirnya memunculkan diri, anda pasti akan terkejut akan saiz ikan salmon ini. Wow! Wow! Saya tergamam sehingga tidak terkata. Menurut Chef Am, berat salmon tersebut ialah 250 gram! Saiz hidangan ini cukup untuk mereka yang mempunyai selera besar. Bukan itu sahaja, ia juga dijamukan bersama pasta bersos tomato, kacang hijau kukus dan hash brown rangup di atasnya.

Akan tetapi, bagi saya salmonnya agak terlebih masak. Saya lebih suka salmon yang medium cooked (isi berwarna merah jambu dan putih di luar). Tetapi, memakan ikan salmon bersama sos Lemon Butter Cream memang pair yang sempurna. Untuk peringatan, oleh kerana mereka menggunakan kepingan Salmon dan bukan fillet, hati-hati dengan tulang ikan. Anda pasti tidak mahu tercekik sewaktu makan…..untuk kebaikan sendiri juga.

Mc Charty Lamb Chop

Hidangan seterusnya turut dihidangkan dengan portion yang tidak kedekut. Semestinya berbaloi untuk dicuba. Saya kira hampir tujuh keping kambing grill ditimbunkan bersama di dalam satu pinggan. Disebabkan ini, kami pun kena lah berkongsi. Kambing ini diperap dengan sos lada hitam, lembut dan masak dengan begitu baik. Walau bagaimanapun, salah seorang daripada kami menghadapi ‘lamb coma’ (serangan sakit kepala secara tiba-tiba). Kan best kalau rakan penggemar kambing kami ada pada hari ini.

Hirup *slurp!

Akhir sekali, masa untuk kita mencuba rasa lokal. Menu istimewa Cottage 75, Mee Rebus Tulang menggabungkan rasa yang sempurna di dalam satu magkuk. Ia dimasak dengan menggunakan air rebusan udang geragau yang pekat, tulang daging, ubi keledek dan lain-lain. Sekarang kita saksikan reaksi rakan kami yang memesan hidangan ini. Oops! Nampaknya dia masih sibuk menghirup kuah Mee Rebus yang menyelerakan…..*slrppp! Patut la ini menu recommend di sini.

Minuman

Tidak dilupakan, minuman di sini (plasing to the eye). Bermula dengan Jus Oren Tembikai (RM6.00), jus oren segar dan tembikai yang dikisar bersama. Diikuti oleh Apple Punch yang menggabungkan epal, susu dan soda yang memberikan rasa yang (zesty) dan bersusu. Milo cincau (RM5.50) dibuat dengan serbuk milo yang digabungkan bersama cincau (seakan-akan air Soya Cincau yang popular semasa bulan Ramadhan). Terakhir, Sexy Citrus (RM8.00), lemon digabungkan bersama air soda, serai, daun pudina dan buah laici.

Au revoir Cottage 75 Cafe

Secara keseluruhannya, hidangan di sini (presented and well prepared) dengan begitu kreatif dan harga sangat berbaloi. Kami berempat membelanjakan sebanyak RM148.00. Untuk rating, dengan penuh yakin saya bagi 8/10! Tidak dapat dinafikan, Kafe Cottage 75 menawarkan pengalaman (dining) yang menyeronokkan. Ia menggabungkan rasa Eropah bersama saiz hidangan yang cukup berbaloi. Dengan itu, jika anda inginkan kafe yang bagus, menyajikan makanan asli (real food) yang (value your money) Cottage 75 adalah tempatnya!

Alamat
No.76, Jalan Meru Impian A1, Pusat Perniagaan Meru Impian, 30020 Ipoh, Perak
No. Telefon
+6011-2635 8305
Waktu Operasi
Tutup – Isnin
4.00 petang – 12.00 pagi (Selasa hingga Ahad)

NOTA : Kami tidak makan secara percuma, ataupun kami dibayar(ditaja) untuk food review ini. Semua kos makanan ditanggung oleh kami sendiri dan bukan daripada mana-mana tajaan. Food review ini adalah ringkasan umum dari maklum balas yang diberikan daripada semua ahli keluarga M Boutique yang mengambil bahagian.

Rookie writer who stares into the space thinking about how bedazzled her life with boba and star wars...
Close

Language