Labu Sayong Signature Meru

Pernah anda lihat sebuah restoran di dalam rumah warisan melayu? Ayuh teroka Restoran Labu Sayong Signature bersama kami, M Makan Kaki’s! May the food be with you. Ha Ha Ha. Labu Sayong Signature diasaskan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) berdasarkan seni bina “Rumah Kutai”, rumah tradisional melayu yang sinonim di negeri Perak, Malaysia pada awal tahun 1900. Terletak tidak jauh dari Bulatan Amanjaya di Meru Raya, restoran ini merupakan suatu inisiatif terbaik dalam mempromosikan masakan dan seni kulinari negeri Perak. Jangan keliru kerana restoran ini juga mempunyai cawangan lain iaitu Labu Sayong @Silveritage yang terletak di Medan Gopeng. Walau bagaimanapun, cawangan ini tidak lama lagi akan berpindah berhampiran dengan cawangan utama mereka iaitu Labu Sayong Signature; dan kali ini mereka akan lebih fokus kepada makanan laut Melayu (di dalam rumah tradisional juga!) tapi itu cerita lain……

Kafe Cakchibow

Peningkatan kafe “hipster” di Ipoh melonjak naik semenjak dari beberapa tahun yang lepas. Kebanyakkan kafe yang bergaya ini dimiliki oleh Muslim, secara tidak langsungnya meningkatkan jumlah tempat melepak yang “Halal” selain daripada tempat melepak yang tipikal seperti McD, KFC atau warung mamak. Semua kafe ini berkongsi satu persamaan iaitu mereka hanya beroperasi pada waktu makan malam sahaja (buat masa ni la). Hal ini mungkin di kerana Ipoh terkenal dengan angin malam yang begitu dingin (boleh dikatakan seperti penyaman udara semula jadi), jadi penyaman udara tidak lagi diperlukan.

Ayuh kita ke salah satu kafe yang begitu unik; terletak di antara barisan kedai runcit lama berseni bina kolonial di Jalan Sultan Iskandar, Kafe Cakchibow mengekalkan struktur bangunan asal yang dibina pada tahun 1931 menjadikan ianya lebih unik berbanding kafe hipster lain di Ipoh yang mengkhususkan Masakan Barat. Dibuka pada 18 December 2015 oleh En. Adriz Farik Bin Abdul Halim, Kafe Cakchibow berjaya menaikkan nama mereka dengan menjadi kafe yang menghidangkan saiz makanan dan minuman yang besar pada harga yang berpatutan.

Nasi Kandar Ayam Merah (Nasi Ganja) @ Kedai Kopi Yong Suan

Apa sebenarnya Nasi Ganja ni? Untuk yang masih tidak tahu; Ganja ni kalau di dalam Bahasa Inggeris adalah Cannabis! (Taktahu juga? Bob Marley kenal? Haha). Aduh! Nanti saya jadi ketagih tak? Adakah ia salah di sisi undang-undang? Antara perbualan yang dapat kita dengar apabila seseorang menyebut tentang hal ini. Walau bagaimanapun, tiada sebarang bahan terlarang yang digunakan dalam resepi ini (fuhh lega). Istilah ini tercipta oleh kerana tuan empunya kedai Nasi Kandar Ayam Merah berjaya memperoleh beberapa ‘peminat mati keras’ mereka sendiri (Ha ha ha.. Die-hard fans lah) yang menyata bahawa masakannya begitu enak sehingga ia menjadi ketagih seperti ‘ganja’ atau cannabis. Malangnya (atau nasib baik untuk sesetengah orang) ada yang menyatakan selepas menjamah Nasi Ganja sepinggan, anda akan merasa sangat mengantuk. Tapi sebenarnya, siapa je tak mengantuk selepas makan makanan yang begitu memuaskan?

Gerai Mee Cathay @ Jalan Yang Kalsom

Mee Goreng Mamak atau nama lain yang diberi dalam Bahasa Inggeris iaitu Fried Noodle Mamak sebenarnya berasal dari komuniti India Muslim di Malaysia. Ia merupakan salah satu sajian yang biasanya digemari di gerai penjaja kerana ia mengandungi udang, bebola ikan, tauhu goreng, tomato, telur dan rempah ratus; hidangan yang sarat dengan rempah dan sesuai untuk dinikmati bila-bila masa setiap hari! Mee goreng versi Cathay penuh dengan resipi Mamak yang sebenar; gabungan dos taugeh yang bersesuaian, daun bawang yang dicincang halus, cucur, tauhu kering dan tomato yang dimasak sehingga lembab menjadikan ianya kelihatan begitu enak (tiada perkataan dapat digambarkan), sangat sempurna apabila digabung bersama mee kuning dan kuantiti telur yang banyak – fuh, terliur!

Pakeeza – Masakan India

Makanan India yang asli semuanya tentang kualiti kombinasi herba dan rempah-ratus. Kunyit,kayu manis, buah pelaga, jintan, ketumbar, dan cili merah adalah rempah-ratus yang sering digunakan dalam masakan India. Oleh itu ia dikira sebagai “Tujuh Kunci Rempah”. Jika ia disempurnakan dengan baik, masakan India mampu membuatkan seseorang itu menjadi ketagih. Dengan rasanya yang pekat dan kuat, ia mampu membuatkan rasa sesuatu hidangan itu mencecah ke tahap seperti ianya direndam dengan sedikit dopamine.

Close

M Boutique Family of Hotels | Official Group Website

Hotel & Kediaman yang Unik di Malaysia

Close

Sign in

Close

Luggage (0)

Cart is empty No products in the cart.

M Boutique Family of Hotels | Official Group Website

Hotel & Kediaman yang Unik di Malaysia


Language