fbpx

Sertai kami dalam usaha untuk menyebarkan semangat & mesej postif kepada semua! Ini adalah M Boutique’s Be Creative Challenge & Giveaway!

KAMI TELAH MELIHAT BETAPA KREATIFNYA MASYARAKAT MALAYSIA SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN. JADI MARILAH SERTAI KAMI MELAKUKAN SESUATU YANG POSITIF KEPADA SELURUH MASYARAKAT!
KAMI AKAN MENGHADIAHKAN PENGINAPAN PERCUMA KEPADA MESEJ KREATIF YANG TERBAIK!
TERBUKA KEPADA SEMUA!
TARIKH : 20 APRIL – TAMAT PKP

APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN ?

  • Peserta perlu menyerahkan dalam apa-apa medium (contohnya: lagu, puisi, video, lukisan, poster, memes, karikatur, etc.) dengan mesej kreatif bertemakan “stay strong” atau “positif”.
  • Subjek haruslah terdiri daripada mesej positif atau memberikan penghormatan kepada barisan hadapan kita semasa Perintah Kawalan Pergerakan.
  • Peserta WAJIB berada di rumah ketika menghasilkan ciptaan mereka menggunakan medium pilihan tersendiri.
  • Kirimkan ciptaan anda ke Facebook, Instagram atau Twitter anda dengan hashtag #stayathomechallenge #togetherwewin #mboutique.

TERMA DAN SYARAT

  • Penyertaan terbuka kepada SEMUA.
  • Pertandingan ini bermula pada 20 APRIL dan berakhir pada tarikh Kerajaan Malaysia memutuskan tarikh muktamad tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
  • Dengan menyertai pertandingan ini, peserta bersetuju dengan segala terma dan syarat yang tertera.
  • Hanya satu penyertaan akan diterima bagi setiap peserta/akaun media sosial. Penyertaan yang pelbagai dari akaun/peserta yang sama adalah TIDAK LAYAK.
  • Akaun media sosial peserta haruslah berada dalam mode PUBLIC semasa tarikh pertandingan.
  • Peserta bersetuju memberikan kebenaran kepada M Boutique untuk menggunakan. menyunting, berkongsi, menerbitkan sebarang entri penyertaan di laman web kami (dibawah nama domain mboutiquehotels.com) dan platform media sosial
  • Sebarang entri penyertaan boleh dicipta dalam pelbagai medium seperti fotografi, nyanyian, lagu, puisi, slogan, video, seni lukis, kolaj, montaj, karikatur, memes, etc.
  • Sebarang fotografi, lukisan, gambar, slogan, atau karya kreatif termasuk rakaman suara dan video hendaklah tidak melanggar mana-mana hak cipta terpelihara pihak lain.
  • Anda dibenarkan menggunakan hak intelektual pihak ketiga sekiranya anda mendapat kebenaran dari pemilik hak cipta tersebut SAHAJA.
  • Oleh kerana ini adalah masa-masa yang mencabar, kami dengan rendah hati meminta agar anda tidak menggunakan kata-kata tidak senonoh, dan / atau memposting kandungan yang dianggap sensitif / tidak sopan. Sebarang kandungan yang dianggap tidak sesuai atau tidak wajar tidak boleh disertakan dalam pertandingan ini.
  • Kami berhak untuk membuang atau menuntut peserta untuk membuang entri tersebut dan membatalkan penyertaan pada bila-bila masa mengikut budi bicara pihak kami sekiranya terdapat pelanggaran dalam terma dan syarat yang dinyatakan.

HADIAH PEMENANG

  • Peserta akan memenangi voucher penginapan 1 X Satu malam secara percuma kepada Pemenang dengan mesej positif yang terbaik dan paling kreatif.
  • Terdapat sejumlah 4 hadiah; masing-masing ditaja oleh M Boutique Ipoh, M Boutique Station 18, M Boutique Kampar dan M Roof Hotel & Residences.
  • Penginapan percuma adalah berdasarkan Bilik sahaja. Tidak termasuk sarapan.
  • Pemenang akan diumumkan selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
  • Voucher pemenang adalah sah digunakan selepas PKP sehingga Akhir Tahun 2020.
  • Voucher hanya sah untuk jenis bilik yang ditentukan dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau bentuk tender sah yang lain.

NOTA PENTING

  • Keputusan juri adalah muktamad.
  • Pengurusan berhak untuk mengubah dan / atau mengubah Terma & Syarat yang dinyatakan di sini tanpa sebarang pemberitahuan / notis.

Keluarga M Boutique memahami bahawa ini adalah masa-masa yang sukar, jadi kami berpendapat ini adalah idea yang terbaik untuk memastikan semua orang membantu berkongsi dan menyebarkan mesej-mesej positif. Kami berharap usaha kami ini dapat membantu anda untuk terus fokus pada perkara yang lebih positif dan mengharungi saat-saat ini bersama.

#stayathomechallenge #togetherwewin #mboutique

Ada satu fakta yang orang tak tahu mengenai maksud nama IPOH. IPOH merupakan singkatan bagi Ini Pekan Orang Hebat! Haa kome, saya berasal dari ipoh.
Close

Language