Berita

BE CREATIVE CHALLENGE
Sertai kami dalam usaha untuk menyebarkan semangat & mesej postif kepada semua! Ini adalah M Boutique’s Be Creative Challenge & Giveaway! KAMI TELAH MELIHAT BETAPA KREATIFNYA MASYARAKAT MALAYSIA SEMASA PERINTAH…
Continue reading
Hadramot Tent
M Makan Kaki kini semakin berani dalam mengorak langkah meneruskan penjelajahan makanan kami. Dengan kepelbagaian makanan yang ada di Ipoh, sudah pasti pengembaraan ini tidak berpenghujung. Sebagai permulaan, cuba anda…
Continue reading
Platform 9 ½ front door
Kafe Platform 9 ½
Berita baik untuk semua peminat Harry Potter diluar sana! Akhirnya Ipoh mempunyai kafe yang bertemakan dunia Harry Potter! Ayuh kita ke kafe Platform 9½ .
Continue reading
Ipoh Hainan's signboard from below view
Ipoh Hainan Chicken Rice
Kali ini, kami menginginkan makanan yang terkenal di Ipoh, Nasi Ayam Hainan. M Makan Kaki's akan menerjah salah sebuah restoran yang terkenal dengan nasi ayamnya, Ipoh Hainan Chicken Rice.
Continue reading
Miker Pizza
Ada sesuatu yang anda perlu tahu tentang kombinasi adonan doh rangup, keju cair, daging dan sayur-sayuran di dalam pizza yang menjadikannya begitu mudah untuk dicintai dan dinikmati oleh orang ramai. Siapa yang dapat menolak keenakkan kepingan dari syurga yang mampu memberikan anda rasa sensasi dalam setiap gigitan? Hanya pizza yang dapat memberikan anda pengalaman baru ini! Terdapat pelbagai restoran di Ipoh yang menyajikan pizza-pizza yang menarik, tetapi restoran yang benar-benar menambat hati kami dengan menyediakan pelbagai pilihan pizza berkerak nipis adalah Miker Pizza.
Continue reading
Restoran De Mouth Cuisine
Untuk food review seterusnya, M Makan Kaki's sebulat suara menjadikan sebuah restoran yang menggabungkan masakan Melayu, Cina dan India di bawah satu bumbung sebagai destinasi kami kali ini. Ayuh, sertai kami menerjah Restoran De Mouth Cusine! Pasti anda masih belum pernah menjejakkan kaki ke sini, bukan?
Continue reading
Bazaar Ramadan Stadium Ipoh
Bulan Ramadan adalah bulan yang di nanti-nanti kan bagi seluruh umat Islam di dunia. Sudah tentu ada yang tertanya-tanya tentang keistimewaan bulan ini. Secara lazimnya ia terkenal dengan ‘pesta’ ibadah dan juga merupakan pesta makanan bagi seluruh negara. Bersempena dengan bulan yang mulia ini, M Makan Kaki’s sebulat suara bersetuju untuk menjadikan Bazaar Ramadan Stadium Ipoh sebagai destinasi food review kami kali ini. Ha! Bukan senang tau nak buat review bulan puasa ni, banyak dugaannya! Lapar, dahaga dan mata pun nak kena jaga. Bazaar ini adalah bazaar ramadan yang terbesar di Ipoh. Ianya mempunyai lebih dari 70 gerai yang mana terletak di ruang parkir Stadium Indera Mulia. Cuba bayangkan, banyak kan? Kalau pergi, confirm rambang mata!
Continue reading
Kafe Thumbs
Kafe ‘hipster’ memang tidak asing lagi di negeri Ipoh. Dengan menu yang menarik serta rekaan dalaman yang mempersonakan,  pasti ia mampu menarik minat orang ramai untuk mengunjunginya. Kalau lah saya boleh hilangkan sesetengah kafe di Ipoh ini semudah memetik jari, sudah pasti saya tidak perlu bertekak dengan yang lain untuk memilih lokasi food review yang seterusnya. Jangan risau, misi kami masih belum berakhir, tidak seperti “Avengers : End Game” yang menandakan tamatnya siri Avengers (love you 3000 times). Food review M Makan Kaki’s tidak akan sesekali menemui jalan buntu! Tertanya-tanya di mana anda boleh menikmati hidangan barat (western) dan hidangan tempatan di bawah satu bumbung? Kali ini, jom kita ke Thumb Café!
Continue reading
Greentown Dim Sum Kafe
Idamkan Dim Sum untuk makan malam? Tapi mana nak cari? Kepada semua Kaki Makan di luar sana, terutamanya kepada rakan muslim yang teringin nak merasa Chinese dim sum, jom kita terjah Greentown Dim Sum Kafe. Kita semua tahu kebiasaannya dim sum menjadi juadah untuk sarapan pagi, tetapi kali ini kami berjaya membuat tempahan untuk makan malam (walaupun Papa dah warning makanan akan banyak habis bila kami sampai nanti). Saya perasan kedai ini setiap kali saya ke pejabat  PTPTN (anda tahu la kenapa saya ke sana kan, hahaha jangan lupa bayar hutang). Saya sering melihat kedai ini dipenuhi orang ramai yang sedang menikmati makanan mereka. Rasa kekok untuk terus menaip bila Papa duduk dekat sebelah saya sekarang ni, lagi-lagi bila nak mengaku yang ini merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki di kafe ini walaupun ia sudah beroperasi selama 9 tahun. Tapi bak kata orang putih “better late than never” kan? Apa yang menarik perhatian kami tentang kafe ini adalah pelanggannya yang terdiri daripada semua lapisan masyarakat di Malaysia walau berbeza warna kulit dan kepercayaan. Itu sebabnya M Makan Kaki’s bernekad untuk mencuba makanan di sini. Bandar Ipoh boleh dikategorikan sebagai ‘syurga dim sum’, tetapi tidak semua orang berpeluang untuk mencubanya. Yakinlah! Greentown Dim Sum Kafe adalah satu-satunya kedai di bandar Ipoh yang mempunyai sijil halal dari JAKIM! (jangan was was). Oh ya! Mungkin Canning Dim Sum Kafe terlintas di fikiran anda sekarang, jangan salah faham bahawa kafe di sana cuma ‘bebas babi’ dan tidak mempunyai sijil halal.
Continue reading
Labu Sayong Signature Meru
Pernah anda lihat sebuah restoran di dalam rumah warisan melayu? Ayuh teroka Restoran Labu Sayong Signature bersama kami, M Makan Kaki’s! May the food be with you. Ha Ha Ha. Labu Sayong Signature diasaskan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) berdasarkan seni bina “Rumah Kutai”, rumah tradisional melayu yang sinonim di negeri Perak, Malaysia pada awal tahun 1900. Terletak tidak jauh dari Bulatan Amanjaya di Meru Raya, restoran ini merupakan suatu inisiatif terbaik dalam mempromosikan masakan dan seni kulinari negeri Perak. Jangan keliru kerana restoran ini juga mempunyai cawangan lain iaitu Labu Sayong @Silveritage yang terletak di Medan Gopeng. Walau bagaimanapun, cawangan ini tidak lama lagi akan berpindah berhampiran dengan cawangan utama mereka iaitu Labu Sayong Signature; dan kali ini mereka akan lebih fokus kepada makanan laut Melayu (di dalam rumah tradisional juga!) tapi itu cerita lain……
Continue reading
Cakchibow Cafe
Kafe Cakchibow
Peningkatan kafe “hipster” di Ipoh melonjak naik semenjak dari beberapa tahun yang lepas. Kebanyakkan kafe yang bergaya ini dimiliki oleh Muslim, secara tidak langsungnya meningkatkan jumlah tempat melepak yang “Halal” selain daripada tempat melepak yang tipikal seperti McD, KFC atau warung mamak. Semua kafe ini berkongsi satu persamaan iaitu mereka hanya beroperasi pada waktu makan malam sahaja (buat masa ni la). Hal ini mungkin di kerana Ipoh terkenal dengan angin malam yang begitu dingin (boleh dikatakan seperti penyaman udara semula jadi), jadi penyaman udara tidak lagi diperlukan. Ayuh kita ke salah satu kafe yang begitu unik; terletak di antara barisan kedai runcit lama berseni bina kolonial di Jalan Sultan Iskandar, Kafe Cakchibow mengekalkan struktur bangunan asal yang dibina pada tahun 1931 menjadikan ianya lebih unik berbanding kafe hipster lain di Ipoh yang mengkhususkan Masakan Barat. Dibuka pada 18 December 2015 oleh En. Adriz Farik Bin Abdul Halim, Kafe Cakchibow berjaya menaikkan nama mereka dengan menjadi kafe yang menghidangkan saiz makanan dan minuman yang besar pada harga yang berpatutan.
Continue reading
Nasi Kandar Ayam Merah (Nasi Ganja) @ Kedai Kopi Yong Suan
Apa sebenarnya Nasi Ganja ni? Untuk yang masih tidak tahu; Ganja ni kalau di dalam Bahasa Inggeris adalah Cannabis! (Taktahu juga? Bob Marley kenal? Haha). Aduh! Nanti saya jadi ketagih tak? Adakah ia salah di sisi undang-undang? Antara perbualan yang dapat kita dengar apabila seseorang menyebut tentang hal ini. Walau bagaimanapun, tiada sebarang bahan terlarang yang digunakan dalam resepi ini (fuhh lega). Istilah ini tercipta oleh kerana tuan empunya kedai Nasi Kandar Ayam Merah berjaya memperoleh beberapa ‘peminat mati keras’ mereka sendiri (Ha ha ha.. Die-hard fans lah) yang menyata bahawa masakannya begitu enak sehingga ia menjadi ketagih seperti ‘ganja’ atau cannabis. Malangnya (atau nasib baik untuk sesetengah orang) ada yang menyatakan selepas menjamah Nasi Ganja sepinggan, anda akan merasa sangat mengantuk. Tapi sebenarnya, siapa je tak mengantuk selepas makan makanan yang begitu memuaskan?
Continue reading
Gerai Mee Cathay @ Jalan Yang Kalsom
Mee Goreng Mamak atau nama lain yang diberi dalam Bahasa Inggeris iaitu Fried Noodle Mamak sebenarnya berasal dari komuniti India Muslim di Malaysia. Ia merupakan salah satu sajian yang biasanya digemari di gerai penjaja kerana ia mengandungi udang, bebola ikan, tauhu goreng, tomato, telur dan rempah ratus; hidangan yang sarat dengan rempah dan sesuai untuk dinikmati bila-bila masa setiap hari! Mee goreng versi Cathay penuh dengan resipi Mamak yang sebenar; gabungan dos taugeh yang bersesuaian, daun bawang yang dicincang halus, cucur, tauhu kering dan tomato yang dimasak sehingga lembab menjadikan ianya kelihatan begitu enak (tiada perkataan dapat digambarkan), sangat sempurna apabila digabung bersama mee kuning dan kuantiti telur yang banyak – fuh, terliur!
Continue reading
Restaurant Pakeeza
Pakeeza – Masakan India
Makanan India yang asli semuanya tentang kualiti kombinasi herba dan rempah-ratus. Kunyit,kayu manis, buah pelaga, jintan, ketumbar, dan cili merah adalah rempah-ratus yang sering digunakan dalam masakan India. Oleh itu ia dikira sebagai “Tujuh Kunci Rempah”. Jika ia disempurnakan dengan baik, masakan India mampu membuatkan seseorang itu menjadi ketagih. Dengan rasanya yang pekat dan kuat, ia mampu membuatkan rasa sesuatu hidangan itu mencecah ke tahap seperti ianya direndam dengan sedikit dopamine.
Continue reading
Dari Kami Sekeluarga di M Boutique
Selamat Hari Raya!
Salah Kata Pernah Terucap, Salah Sikap Pernah Terungkap, Kembali Fitrah Selalu Di Harap Selamat Idul Fitri 1428h, Minal Aidin Wal Faizin. Mohon Maaf Lahir Dan Batin. Selamat Hari Raya
Continue reading
M Boutique Hotel
Ucapan dari M Boutique
Tangan dihulur maaf dipinta, Erat hubungan sesama kita, Semoga gembira di hari yang mulia ini, Salah dan silap harap dimaaf, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Tulus ikhlas…
Continue reading
Close

Language