Cakchibow Cafe

Kafe Cakchibow

Peningkatan kafe “hipster” di Ipoh melonjak naik semenjak dari beberapa tahun yang lepas. Kebanyakkan kafe yang bergaya ini dimiliki oleh Muslim, secara tidak langsung meningkatkan jumlah tempat melepak yang “Halal” selain daripada tempat melepak yang tipikal seperti McD, KFC atau warung mamak. Semua kafe ini berkongsi satu persamaan iaitu mereka hanya beroperasi pada waktu makan malam sahaja (buat masa ni la). Hal ini mungkin kerana Ipoh terkenal dengan angin malam yang begitu dingin (boleh dikatakan seperti penyaman udara semula jadi), jadi penyaman udara tidak lagi diperlukan.

Ayuh kita ke salah satu kafe yang begitu unik; terletak di antara barisan kedai runcit lama berseni bina kolonial di Jalan Sultan Iskandar, Kafe Cakchibow mengekalkan struktur bangunan asal yang dibina pada tahun 1931 menjadikan ianya lebih unik berbanding kafe hipster lain di Ipoh yang mengkhususkan Masakan Barat. Dibuka pada 18 December 2015 oleh En. Adriz Farik Bin Abdul Halim, Kafe Cakchibow berjaya menaikkan nama mereka dengan menjadi kafe yang menghidangkan makanan dan minuman yang bersaiz besar pada harga yang berpatutan.

Kafe ini menawarkan pelbagai pilihan masakan barat termasuk Spiral Bolognese bersama Meatball Daging buatan sendiri, Breaded Chicken Chop, Grilled Chicken Chop, Combo Set Besar, dan pelbagai lagi hidangan buatan sendiri yang menggabungkan konsep makanan sihat dan makanan segar. Menurut En. Adriz, menu mereka diinspirasikan daripada gabungan citarasa pelbagai pengunjung dengan sentuhannya yang tersendiri yang mana diperoleh dari perjalanannya di luar negara.

Cakchibow Cafe

Spiral Pasta Bolognese Beef Meatball (RM13.90)

Cakchibow Cafe

Chicken Chop Burger (RM13.00)

Cakchibow Cafe

Set Love Birds untuk 2 orang (RM35.00)

Cakchibow Cafe

Spiral Pasta Carbonara Chicken Grill (RM13.90)

Cakchibow Cafe

Cheese Nachos Beef Meatball (RM8.00)

Cakchibow Cafe

Grilled Lamb Shoulder Black-Pepper (RM18.90)

Cakchibow Cafe

Pesto Dory Fish Breaded (RM14.90)

Berdiri di hadapan kafe tepat pada jam 7.30 malam, kami sangat terpesona dengan meja yang diperbuat daripada palet kayu yang telah dikitar semula. Ya, tempat ini boleh dikatakan sebagai Instagram-able spot juga. Kafe ini seakan-akan M Boutique Ipoh kerana ianya dipenuhi dengan hiasan dari zaman dulu kala…… tetapi kafe ini mengetengahkan keselesaan kepada pengunjung. Menurut Mr. Adriz, satu kala dahulu dimana terletaknya Kafe Cakchibow sekarang, ianya adalah sebuah Dewan Perubatan Cina yang terkenal pada zaman 70-an dan 80-an yang menjual ubat-ubatan cina dan herba. Oleh kerana itu, mereka mendapat idea untuk menamakan minuman istimewa mereka bersempena dengan nama ubat seperti Paracetamol (Jangan risau, takde ubat yang digunakan dalam minuman ini!).

Kafe Cakchibow menyajikan menu yang menawarkan masakan kegemaran barat (sedikit gabungan digunakan) termasuk minuman yang menarik. Hidangan utama adalah Grilled Chicken bersama Black Pepper, Spiral Pasta bersama Beef Meatball, Chicken Chop Burger dan Combo Set manakala minumannya begitu istimewa kerana ia adalah buatan sendiri seperti (Carbomer/Paracetamol/Ambroxol/Fluticasone) dan pelbagai pencuci mulut turut ditawarkan seperti Big Donut Ice Cream dan Pudding Sagu Gula Melaka Ice Cream.

Sedang kami menyelak menu, terlalu banyak sebenarnya hidangan yang hendak kami pesan, pelbagai pilihan yang ditawarkan di dalam menu. Setelah 10 minit bertungkus-lumus dengan apa yang hendak dipesan, kami setuju untuk memesan – Spiral Pasta Carbonara Chicken Grill, Cheese Nancos dengan Beef Meatball, Love Birds Set untuk 2 orang, Chicken Chop Burger, Spiral Pasta Bolognese dengan Beef Meatball, Grill Lamb Shoulder Black Pepper dan Pesto Dory Fish Breaded. “Kami mengolah resipi dengan sedikit gabungan sehingga menghasilkan hidangan barat versi kami sendiri, termasuklah Bebola Daging. Matlamat kami adalah untuk menghidang makanan yang mana saya dan krew buat sepenuhnya dari awal, sebagai contoh, kentang goreng putar yang dihidangkan diatas lidi” senyum Adriz Farik Bin Abdul Halim, pengusaha Kafe Cakchibow.

Cakchibow Cafe

Tangga Artistik ke Ruang Makan Tingkat 2

Cakchibow Cafe

Minuman kami yang berwarna-warni (RM4.90-RM8.00)

Cakchibow Cafe

Ruang Makan Tingkat 2 di Kafe Cakchibow

A look inside the cafe

Hiasan Dalaman Cakchibow

Cakchibow Cafe

Big Donut Ice Cream (RM8.00)

Cakchibow Cafe

M Makan Kakis

Memang tak dapat dinafikan “pe’el” kami, pergilah mana-mana kafe pun, kami tak dapat nak berhenti dari ber-selfie (oops!). Lebih-lebih lagi apabila salah seorang daripada keluarga kami baru sahaja menukar telefon pintar yang dikatakan kamera “super selfie” (Betul! Saya merujuk kepada Huawei P20 Pro!) yang mana ia dapat memudahkan pengguna untuk ber-selfie dengan hasilnya yang sangat cantik dan begitu terperinci! Tiba-tiba ada diantara keluarga kami yang meletakkan telefon pintarnya dan pada masa itulah kami tahu bahawa pencuci mulut kami telah tiba – Cheese Nachos dengan Beef Meatball dihidangkan. Hidangan ini begitu berkilau dan bersinar kerana taburan keju yang menutupi bebola daging dan nachos seperti yang anda boleh lihat didalam gambar. Sedang kami mengunyah bebola daging bersama sos keju, apa yang dapat kami katakan, tekstur bebola daging ini lebih kering jika dibandingkan dengan bebola daging yang pernah kami pesan di Kafe Konda Kondi. Spiral Pasta Carbonara mereka menjadi salah satu hidangan yang menarik perhatian saya secara peribadi. Tidak seperti Carbonara biasa, versi Carbonara disini diselitkan dengan sedikit rempah ratus yang menjadikan rasa pasta ini sedikit pedas dengan teksturnya yang sedikit berkrim dan apa yang pasti hidangan ini sangat menggoda! (Saya sangat sukakannya!!). Seterusnya adalah Chicken Chop Burger – ia berjus, lembut dan sos keju yang meleleh diatasnya menjadikan ianya begitu lazat! Selain itu, Spiral Pasta dengan Bolognese Meatball hanya biasa sahaja kepada kami, bebola daging yang digunakan sama seperti bebola daging Cheese Nachos. Apabila kami sangkakan semua hidangan disini enak dimakan dan ianya berbaloi, kelemahan utama tiba di meja – Grilled Lamb Shoulder dengan Blackpepper Sauce. Tekstur daging kambing agak kenyal dan susah untuk dipotong. Hal ini mungkin kerana ia adalah potongan daging bahu kambing, tapi apa yang pasti kami mengambil masa yang agak lama untuk memotong daging tersebut. Walau bagaimanapun, sos yang digunakan begitu enak, tidak terlalu pedas dan tidak terlalu tawar. Untuk Pesto Dory Fish Breaded pula, tiada apa yang hendak di perkatakan.

Untuk minuman, kami memesan beberapa minuman buatan mereka sendiri seperti Carbomer, Fluticasone, dan Paracetamol. Panjang ceritanya, kita pendekkan, Carbomer – adalah campuran buah epal, garam, lemon, selasih, laici dan ais krim soda; Fluticasone – adalah campuran pandan, cincau, selasih, susu cair, laici dan ais krim soda; dan akhir sekali, Paracetamol – campuran asam boi, garam, lemon, mint, jeli dengan ais krim soda dan minuman yang paling sedap sekali berpihak kepada…. “tolong bunyikan dram!” – Paracetamol! Kami sebulat suara bersetuju mengatakan minuman ini adalah pemenang selepas setiap orang daripada kami telah merasa kesemua minuman buatan sendiri ini.

“Pencuci mulut, please!” minta salah seorang daripada keluarga kami dan kami telah memesan Big Donut Ice Cream. Baik! Ia cumalah donut dengan ais krim sahaja… jadi kami menghadapi kesukaran untuk menerangkan dengan lebih lanjut tentang hidangan ini.

Oh ya! Ada tak saya beritahu bahawa kafe ini mempunyai dua tingkat? Jika anda kesini, anda boleh nampak satu tangga kecil berwarna kuning yang menuju ke tingkat dua, jadi kami pun naik ke atas! Setibanya kami di atas, kami kagum, di tingkat dua mempunyai pentas kecil yang lengkap dengan system siar raya (first time dengar kan? PA system la) yang dapat memainkan lagu untuk acara istimewa seperti parti hari jadi atau parti kejutan. Apabila kami meninjau lebih dalam, kami lihat kafe ini mempunyai balkoni bersama tumbuhan hijau sesuai untuk pengunjung yang ingin menikmati udara segar dan alam semula jadi.

Secara keseluruhan, hidangan disini memuaskan tetapi sedikit mengecewakan (Nota pengarang: M Boutique Family masih berdebat didalam pejabat tentang bagaimana cara untuk menulis ulasan makanan disini kerena kafe ini baru sahaja beroperasi selama seminggu, bayangkan betapa riuhnya pejabat!) dengan jumlah sebanyak RM171.50 untuk ketujuh orang kami termasuk minuman. Anggaran dalam RM24.50 seorang, termasuk hidangan utama, minuman dan pencuci mulut yang mana harganya sedikit mahal. Ratings? Kami beri 7/10 untuk Grilled Lamb Shoulder yang kurang masak.

 

Alamat:

Kafe Cakchibow

122, Jalan Sultan Iskandar, Taman Jubilee, 30000 Ipoh, Perak.

H/P No: 6013 955 9550 (Mr. Adriz)

Dibuka setiap hari dari 5.00pm-1.00am (Tutup pada hari Khamis)

NOTA : Kami tidak makan secara percuma, ataupun kami dibayar(ditaja) untuk food review ini. Semua kos makanan ditanggung oleh kami sendiri dan bukan daripada mana-mana tajaan. Food review ini adalah ringkasan umum dari maklum balas yang diberikan daripada semua ahli keluarga M Boutique yang mengambil bahagian.

Hi, saya peminat tegar anime One Piece ! Saya merupakan pejuang keyboard di M Boutique Family. Sering bertengkar dengan ketua editor kerana kesalahan tatabahasa. Itu perkara biasalah lah kome.
Close

M Boutique Family of Hotels | Official Group Website

Hotel & Kediaman yang Unik di Malaysia

M Boutique Family of Hotels | Official Group Website

Hotel & Kediaman yang Unik di Malaysia


Language