Miker Pizza

Ada sesuatu yang anda perlu tahu tentang kombinasi adonan doh rangup, keju cair, daging dan sayur-sayuran di dalam pizza yang menjadikannya begitu mudah untuk dicintai dan dinikmati oleh orang ramai. Siapa yang dapat menolak keenakkan kepingan dari syurga yang mampu memberikan anda rasa sensasi dalam setiap gigitan? Hanya pizza yang dapat memberikan anda pengalaman baru ini! Terdapat pelbagai restoran di Ipoh yang menyajikan pizza-pizza yang menarik, tetapi restoran yang benar-benar menambat hati kami dengan menyediakan pelbagai pilihan pizza berkerak nipis adalah Miker Pizza.

Bazaar Ramadan Stadium Ipoh

Bulan Ramadan adalah bulan yang di nanti-nanti kan bagi seluruh umat Islam di dunia. Sudah tentu ada yang tertanya-tanya tentang keistimewaan bulan ini. Secara lazimnya ia terkenal dengan ‘pesta’ ibadah dan juga merupakan pesta makanan bagi seluruh negara. Bersempena dengan bulan yang mulia ini, M Makan Kaki’s sebulat suara bersetuju untuk menjadikan Bazaar Ramadan Stadium Ipoh sebagai destinasi food review kami kali ini. Ha! Bukan senang tau nak buat review bulan puasa ni, banyak dugaannya! Lapar, dahaga dan mata pun nak kena jaga. Bazaar ini adalah bazaar ramadan yang terbesar di Ipoh. Ianya mempunyai lebih dari 70 gerai yang mana terletak di ruang parkir Stadium Indera Mulia. Cuba bayangkan, banyak kan? Kalau pergi, confirm rambang mata!

Close

M Boutique Family of Hotels | Official Group Website

Hotel & Kediaman yang Unik di Malaysia

M Boutique Family of Hotels | Official Group Website

Hotel & Kediaman yang Unik di Malaysia


Language