Ipoh Hainan's signboard from below view

Ipoh Hainan Chicken Rice

Kembali lagi bersama kami, dengan ulasan makanan yang berbeza kerana kepelbagaian itu adalah rempah dalam kehidupan! Untuk penjelajahan kali ini, kami bersetuju untuk mengulas tentang nasi ayam. Ini nasi ayam bukan biasa-biasa. Ipoh begitu sinonim dengan “nga choy kai” atau “ayam taugeh”, yang juga turut dikenali sebagai Nasi Ayam Taugeh. Walau bagaimanapun, di Ipoh, hidangan ini kebiasaannya dijual oleh peniaga cina. Tetapi ia tidak mematahkan semangat kami untuk mengurai tentang rasa sebenar hidangan ini. Jadi, M Makan Kaki akan menerjah restoran Nasi Ayam Hainan Ipoh (untuk versi halal). Sejujurnya, kami telah muak dengan masakan barat seperti di ulasan makanan sebelum ini. Tiba masanya untuk kami kembali menjadi orang Asia, tak sah kalau tiada nasi.

Ipoh Hainan Chicken Rice front restaurant

Ipoh Hainan Chicken Rice 107 @Anderson Road mula beroperasi pada tahun 2009. Setahun kemudiannya, mereka membuka cawangan kedua di Greentown, tetapi malangnya cawangan ini telah ditutup. Dapat kita katakan, ada sesuatu yang menarik tentang sesebuah perniagaan itu apabila orang ramai sanggup beratur panjang di depannya. Perkara ini sering berlaku di sini, lebih-lebih lagi menjelang waktu makan tengah hari. Jangan terkejut, kalau ada yang sanggup beratur sepanjang 2 blok kedai. Semasa menemu ramah staf di sini, dia menyatakan bahawa kesemua resepi adalah resepi Encik Wong Ah Kit (lebih mesra dipanggil uncle atau sifu). Walaupun tukang masak di sini berbangsa cina, anda tak perlu risau kerana kesemua bahan yang digunakan adalah halal. Kalau anda tak percaya, anda boleh lihat sendiri logo halal yang terpampang besar di pintu hadapan kedai.

Ayuh kita ke Ipoh Hainan Chicken Rice!

Jam menunjukkan tepat pukul 6 petang, kami memulakan perjalanan merentasi kesesakan lalu-lintas Ipoh untuk ke restoran ini. Terletak tidak jauh dari bulatan Hospital Raja Permaisuri Bainun, kami dapat melihat Restoran Ipoh Hainan Chicken Rice di bahu kanan jalan. Kami menjejakkan kaki ke dalam restoran sambil diiring oleh krew ke meja makan. Semestinya kami memilih tempat yang berpenghawa dingin! Tetapi sebaik sahaja rakan yang lain tiba, kami terpaksa beralih ke meja yang lain. Ini disebabkan meja yang kami pilih pada awalnya hanya dapat menampung seramai 6 orang. Kami kesemuanya 9 orang. (Selamat tinggal penghawa dingin, hello kipas siling).

Suasana kafe ini begitu menyenangkan, sangat sesuai untuk mereka mengetengahkan konsep kopitiam dengan reka bentuk dalaman berserta kerusi bulat hitam dan meja petak. Namun begitu, keadaan cukup huru-hara semasa kami memesan makanan. Masing masing tidak dapat membuat keputusan untuk memesan makanan apa (Bukan “nak makan dekat mana?” je susah). Dalam keadaan yang riuh sebegini, krew mereka tetap menunggu pesanan kami dengan sabar. Setelah beberapa minit, akhirnya kami mencapai kata sepakat untuk memesan nasi ayam, enam hidangan sampingan, dua pilihan mee, air dan pencuci mulut.

Masa untuk membasahi tekak

Sambil menunggu pesanan sampai, kami sempat berbual mengenai gossip terbaru. Bila bergossip semuanya rasa sekejap, air yang kami pesan tiba di atas meja. Limau Panas, Teh ‘o’ Ais Limau, Sirap Selasih, Lai Chee Kang Ais, Longan dan (white fungus) Ais, Teh Hijau 3 Layer, Jus Ambra bersama Assam Boi dan Kopi Ais.

Ipoh Hainan's beverages (Hot lime, iced lemon tea, iced sirap selasih, iced longan with white fungus, iced lai chee kang, iced green tea 3 layer, iced fresh ambra with assam boi and iced black coffee)
Dari kiri: Limau Panas (RM3.50), Teh O Ais Limau (RM4.20), Sirap Selasih Ais (RM3.80), Logan Ais dengan White Fungus (RM5.50), Lai Chee Kang Ais (RM5.20), Teh Hijau 3 Lapis (RM5.00), Ambra bersama Assam Boi (RM5.50) and Kopi Ais (RM3.90)

Selang beberapa minit, makanan kami tiba. Dengan pantas, aromanya menusuk ke hidung lantas membuatkan perut yang kelaparan berbunyi (kriukk kriukk gittew). Setelah puas bergambar, raut wajah yang sedang kelaparan bertukar kepada senyuman. Tiba masa untuk makan! Capai sudu dan garfu anda!

M Makan Kaki's eating the dish that have arrive on the table

Hidangan Khas @Ipoh Hainan Chicken Rice

Sebagai permulaan, ayuh kita cuba hidangan istimewa di Ipoh Hainan, tidak lain tidak bukan Nasi Ayam Panggang Hainan dan Nasi Ayam Kukus. Masakan ini dihidangkan dengan bahagian ayam, nasi dan sup yang cukup banyak. Agak ketara untuk saya katakan di sini, nasi ayam mereka pasti sedap! Yelah, mereka kan pakar dalam nasi ayam! Semestinya akan memberikan rasa yang tak dapat di ungkapkan.

Bermula dengan Nasi Ayam Panggang Hainan, ia sememangnya dinikmati oleh rakan kami. Secara spesifiknya, dia menyatakan bahawa ayam itu dimasak dengan baik. Siapa yang suka ayam mereka tidak di masak penuh dengan darah dan daging yang masih merah bukan? Jadi, ini merupakan hal yang dititik beratkan.

“Ini Dish Killer” itu yang dikatakan oleh rakan kami setelah mencuba Nasi Ayam Kukus Hainan. Ayam kukusnya begitu lembut, berjus dan dihidangkan bersama kicap. Nasinya juga cukup beraromatik. Sup kosong yang dihidangkan bersama, turut mempunyai rasa yang enak. Selain itu, sosnya juga amat sedap dan tidak terlalu pedas. Gabungan di antara kesemua ini pasti akan membuat anda berasa teruja untuk mencubanya.

Nikmati Hainanese Fragrant Rice bersama Hidangan Sampingan

Seterusnya, mari kita bercakap mengenai nasi dan hidangan sampingan untuk makan malam (seperti makan malam kebiasaan di rumah tetapi lebih gah). Kami memesan 6 Hainanese Fragrant Rice bersama 6 lagi hidangan sampingan; Kepingan Ikan Masam Manis, Ayam Sos Madu, Ayam Siamese, Kailan Ikan Masin, Kerabu Mangga dan Telur Dadar (Egg Foo Yong).

Ayam dan Ikan Didalam Sos

Bermula dengan Kepingan Ikan Masam Manis, ianya dihiasi bersama cili benggala hijau dan merah, timun dan bawang holland yang dipotong dadu. Kepingan ikan tersebut rangup dan isi dalamnya berjus. Walaupun ia ditaburi dengan kuah masam manis, kepingan ini masih rangup dan tidak kembang. Terdapat 6 kepingan ikan yang dihidang di dalam juadah ini. Untuk pengetahuan anda, kepingan ikan tersebut cukup besar.

Sweet and sour sliced fish
Kepingan Ikan Masam Manis
(RM13.20)

Masa untuk mencuba Ayam Sos Madu. Rakan kami menyatakan isi ayam ini mempunyai rasa seperti ayam goreng Uncle Bob. Dia juga berkata “ia seperti memakan ayam gunting Uncle Bob yang ditaburi dengan kuah madu di dalamnya”. Hidangan ini memberikan rasa yang sangat manis. Walaupun begitu, dia tetap menikmatinya dan menyatakan bahawa gabungan Sos Madu bersama Nasi Hainan dan sup memang ngam!

Ayuh kita nikmati pula rasa Thai dengan Ayam Siamese. Bagi kami, ayam yang sama dihidangkan seperti hidangan Ayam Sos Madu. Ia dibanjiri dengan sos Siam yang manis dan dihiasi dengan potongan bawang dan timun.

Rasa Tidak Sempurna Tanpa Anda

Kali ini kita beralih pula kepada menu sayur-sayuran. Saya ingin mencuba hidangan Ipoh Sayur Kailan Ikan Masin Hainan’s kerana saya menginginkan sayur-sayuran. Oleh kerana tiada sesiapa yang memesan sayur untuk hidangan sampingan, tidak lengkap makan malam sekiranya tiada sayur. Hidangan ini turut menarik minat rakan kami yang tidak memakan sayur untuk mencubanya. Ini kerana ramai di antara kami yang setuju tentang rasanya yang begitu sedap. Walau bagaimanapun, saya sedikit kecewa kerana rasa ikan masin tersebut tidak begitu terasa.

Jika sebelum ini kita telah rasa Ayam Siamese, kami ingin menambahkan lagi citarasa Thai dengan mencuba Kerabu Mangga. Hidangan ini mendapat pandangan yang berbeza daripada setiap rakan kami. Ada yang menyatakan Kerabu ini masam dan pedas. Ada juga yang menyatakan sebaliknya. Bukan itu sahaja, rakan kami yang cerewet turut mengadu bahawa buah mangga tersebut terlampau masak sehingga menjadikannya tidak rangup.

Tidak lengkap makan malam tanpa adanya telur dadar, tetapi kami tidak mempunyai pilihan lain kerana telur dadar tidak dijual di sini……hanya ada Egg Foo Yong (hanya ada dua pilihan menu telur). Ia merupakan telur yang mempunyai lobak merah, cili merah, bawang dan daun bawang yang digoreng bersama. Telur ini mempunyai rasa yang manis bersama tekstur yang kembang dengan lapisan luar yang rangup.

Ipoh Hainan's Egg Foo Yong
Egg Foo Yong
(RM6.00)

Keenakan Mee!

Berlainan pula dengan salah seorang kami yang sedang berdiet, mereka menolak untuk menjamah makanan yang berat. Oleh itu, mereka memesan Watan Hor dan Bihun Goreng Chinese Stail (rasanya berat juga kan?). Alangkah terkejutnya rakan kami apabila melihat kepada saiz hidangan yang sangat besar (mampu memuatkan lebih dari satu perut). Dia mengharapkan agar Yee Mee yang akan tiba, tetapi yang sampai adalah kueyteow dengan kuah pekat yang penuh bersama ayam dan udang beserta sayur. Tahu apa yang lebih kecewa? Hanya ada dua ekor udang yang terapung di atas Watan Hor tersebut. Disebabkan hal itu, dia tidak dapat menghabiskan makanan tersebut (kan dah membazir).

Drama mee yang lain turut terjadi kepada hidangan Chinese Style Fried Beehoon. Ia datang dengan saiz hidangan yang sangat banyak bersama ayam dan sayur. Sebagai peringatan, saya menyarankan anda untuk mencuba menu ini hanya ketika anda betul-betul lapar. Menurut rakan kami, bihun nya sangat lembut dan mempunyai rasa yang tidak boleh dapat di mana mana.

Roti Pita, anyone?

Pita di Ipoh Hainan merupakan roti yang dibelah tengah dan disumbat dengan isi tuna, salad dan tomato. Rakan kami menyatakan isi tuna tersebut bukanlah buatan sendiri (homemade) namun ia diperbuat daripada tin tuna segera (berkemungkinan daripada tuna Ayam’s Brand). Disebabkan kami terlalu sibuk dengan makanan yang lain, kami hampir lupa akan kewujudan Roti Pita ini. Hal itu membuatkan pita ini menjadi sejuk. Kami masih bertuah kerana roti pita ini tidak begitu lemau. Tetapi harganya agak mahal dengan rasanya yang tidak seberapa.

Ipoh Hainan's Roti Pita
Roti Pita bersama Isi Tuna
(RM9.20)

Masa Untuk Pencuci Mulut!

Siapa sahaja yang tidak mahu pencuci mulut? Dengan itu, kami mencuba tiga jenis pencuci mulut iaitu Ais Krim Goreng, Krim Karamel dan Pudding Mangga. Kencing manis memanggil! Ia merupakan roti ais krim bersalut telur yang seterusnya digoreng dan diletakkan madu di atasnya. Hidangan ini menjadi cadangan buat sesiapa yang datang kesini.

Seterusnya, Krim Karamel mempunyai rasa dan tekstur yang ringan dan sudah pasti akan terus cair di dalam mulut. Kuah karamel mempunyai rasa manis yang secukupnya. Bagi sesiapa yang menggemari karamel dengan rasa yang lebih ringan, hidangan ini sangat sesuai untuk anda! Bagi rakan kami, rasa ini tidak dapat mengatasi rasa karamel yang dijual di New Hollywood dan di Nasi Ganja.

Sementara itu, puding mangga juga memberikan satu kelainan yang baru. Paling penting ia merupakan pencuci mulut yang lazat dengan rasa yang kurang manis. Ia juga mempunyai rasa mangga asli yang cukup lemak. Penyampaian hidangan ini amat menarik, dihiasi dengan (sprinkle) dan ais krim vanilla di atas puding ini.

Jumpa Lagi Ipoh Hainan Chicken Rice!

Sebagai penutup, kami sangat berpuas hati dengan ulasan makanan di sini dan keseluruhan makanan sememangnya berbaloi. Kami membelanjakan sebanyak RM207.80 untuk 9 orang. Rating? Kami memberi 7/10. Boleh tak kalau saya tambahkan lagi satu mata untuk keperihatinan mereka dalam menyokong kempen Tiada Straw? Oleh itu, jika ingin ke sini jangan lupa untuk bawa sekali metal straw anda sekali!

Ipoh Hainan's front with notice board, halal logo, business hour and no straw signs
Address
107, Jalan Raja Musa Aziz, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak.
Phone No 
05-254 5591
Operation Hour
Opens Daily from 11.00am – 10:00pm

NOTE : We do not eat for free, nor were we paid for this review. We ordered and paid for everything that we consume. This review is a general summary from feedback by all members of the M Boutique Family who partook in the Food Review. If you need to know more about them, don’t forget to pay a visit to their Facebook page.

*Don’t forget to subscribe to our newsletter to get updated on the latest promotions and deals from the M Boutique Family of Hotels!

Hi, saya peminat tegar anime One Piece ! Saya merupakan pejuang keyboard di M Boutique Family. Sering bertengkar dengan ketua editor kerana kesalahan tatabahasa. Itu perkara biasalah lah kome.
Close

Language