SELAMAT DATANG KE HALAMAN KELUARGA M BOUTIQUE !

Pilih dari pelbagai jenis hotel mengikut citarasa anda tersendiri, semuanya di Negeri The Bos Gaurus !

Jika anda tertanya – tanya apakah aktiviti harian kami, kami sediakan coretan harian kehidupan di keluarga besar M Boutique; daripada Ulasan Makanan (M | Kaki Makan) sehinggalah ke promosi, anda boleh baca pengalaman di dalam keluarga yang hiruk pikuk di sini.

Walimatul Urus

Kami di Keluarga M Boutique amat mengalu-alukan sebarang majlis perkahwinan. Demi meraikan hari bahagia anda, kami bersedia menyediakan beberapa kediaman kami bagi tujuan majlis perkahwinan, pernikahan, akikah atau apa-apa sahaja majlis yang sesuai. Lengkap dengan pelbagai fasiliti seperti penyediaan pentas, sistem pembesar suara, skrin LED dan lain-lain. Dewan di M Central Place juga merupakan dewan di Ipoh yang pertama mempunyai skrin LED di setiap tiang dewan.

Ulasan Makanan

Makanan merupakan perkara pertama yang terlintas di fikiran anda apabila anda singgah ke Ipoh. Kota raya Ipoh dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan. Daripada makanan ala Barat, makanan tradisional Negeri Perak sehinggalah makanan ala Arab. Semuanya berada di sini. Digelar sebagai M | Kaki Makan, kami menjelajah setiap restoran-restoran, kafe hipster dan gerai kecil yang ada di Ipoh untuk mengelakkan anda dari persoalan paling lazim, iaitu “Nak makan dekat mana ?”.

Miker Pizza
Ada sesuatu yang anda perlu tahu tentang kombinasi adonan doh rangup, keju cair, daging dan sayur-sayuran di dalam pizza yang menjadikannya begitu mudah untuk dicintai dan dinikmati oleh orang ramai. Siapa yang dapat menolak keenakkan kepingan dari syurga yang mampu memberikan anda rasa sensasi dalam setiap gigitan? Hanya pizza yang dapat memberikan anda pengalaman baru ini! Terdapat pelbagai restoran di Ipoh yang menyajikan pizza-pizza yang menarik, tetapi restoran yang benar-benar menambat hati kami dengan menyediakan pelbagai pilihan pizza berkerak nipis adalah Miker Pizza.
Continue reading
Restoran De Mouth Cuisine
Untuk food review seterusnya, M Makan Kaki's sebulat suara menjadikan sebuah restoran yang menggabungkan masakan Melayu, Cina dan India di bawah satu bumbung sebagai destinasi kami kali ini. Ayuh, sertai kami menerjah Restoran De Mouth Cusine! Pasti anda masih belum pernah menjejakkan kaki ke sini, bukan?
Continue reading
Bazaar Ramadan Stadium Ipoh
Bulan Ramadan adalah bulan yang di nanti-nanti kan bagi seluruh umat Islam di dunia. Sudah tentu ada yang tertanya-tanya tentang keistimewaan bulan ini. Secara lazimnya ia terkenal dengan ‘pesta’ ibadah dan juga merupakan pesta makanan bagi seluruh negara. Bersempena dengan bulan yang mulia ini, M Makan Kaki’s sebulat suara bersetuju untuk menjadikan Bazaar Ramadan Stadium Ipoh sebagai destinasi food review kami kali ini. Ha! Bukan senang tau nak buat review bulan puasa ni, banyak dugaannya! Lapar, dahaga dan mata pun nak kena jaga. Bazaar ini adalah bazaar ramadan yang terbesar di Ipoh. Ianya mempunyai lebih dari 70 gerai yang mana terletak di ruang parkir Stadium Indera Mulia. Cuba bayangkan, banyak kan? Kalau pergi, confirm rambang mata!
Continue reading
SERTAI NEWSLETTER KAMI UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN PROMOSI DARI SELURUH RAKAN KARIB KAMI DI PERAK!
JANGAN KHUATIR, KAMI AKAN MENGHANTAR HANYA DUA KALI SEBULAN!

Rakan Karib Selamanya {BFF}!

Mempersembahkan rakan karib kami {BFF}! Keluarga besar M Boutique berserta rakan karib kami seirama dalam mencapai matlamat kami yang sama iaitu mempromosikan Ipoh, The Silver State dan keseluruhan kawasan jajahan The Bos Gaurus

Projek Yang Asli. Komuniti Yang Asli. Lifeshop Atelier merupakan penggerak disebalik seni reka bentuk atau tema bagi M Boutique Ipoh & M Boutique Station 18, memberikan sentuhan mereka tersendiri kepada M Roof Hotel & Residences. Sebagai pencetus bagi gerakan Boutique Hotel, mereka telah mempunyai kedudukan tersendiri diluar dari The Silver State, dan kami berasa terharu menjadi sahabat mereka yang pertama! Lifeshop Atelier menawarkan pengalaman membeli belah fesyen yang unik dan anda tidak akan dapat menjumpainya di tempat lain, hanya sekumpulan kecil pereka fesyen terunggul, sepertimana yang diperkatakan oleh mereka. Kunjungi cawangan utama mereka di Ipoh dan beberapa cawangan lagi di Kota Damansara, Isetan KLCC dan yang bakal dibuka di One Utama!

Ramai yang mengenali kami sebagai Hoteliers Malaysia yang bersifat ‘pemberontak’ untuk melakukan segalanya, tetapi hasrat kami murni untuk membantu peniaga kecil-kecilan di Ipoh secara konsisten, bak kata pepatah sambil menyelam minum air. Memperkenalkan Candid Pictures Studio, Tukang Gambar {fotografi} yang benar – benar mahir dalam foto-foto Pernikahan. Mereka turut bersetuju dalam menyertai plan ‘nakal’ kami untuk mengambil foto bagi M Roof Hotel & Residences, M Boutique Kampar, M Boutique Station 18! Oh, kami sangat teruja ketika foto kami ditangkap secara tidak sengaja (candid) oleh Candid Pictures Studio!

Close

M Boutique Family of Hotels | Official Group Website

Hotel & Kediaman yang Unik di Malaysia

Close

Sign in

Close

Cart (0)

Luggage is empty No products in your luggage.

M Boutique Family of Hotels | Official Group Website

Hotel & Kediaman yang Unik di Malaysia


Language