Nasi Kandar Ayam Merah (Nasi Ganja) @ Kedai Kopi Yong Suan

Selain daripada gunung batu kapur dan kuil di dalam gua, Ipoh sebenarnya lebih terkenal dengan adegan makan yang menjadi penyeri kepada penduduk tempatan jika dibandingkan dengan tempat-tempat yang menjadi tarikan pelancong (buat masa sekarang). Daripada masakan penjaja yang penuh dengan tradisi yang bertahun-tahun hinggalah masakan gaya Malaysia yang penuh dengan gabungan unik, makanan di Ipoh benar-benar menjadi satu fenomena yang memukau! Ironinya, ramai di antara kita yang masih bertanyakan diri sendiri; nak makan apa dekat Ipoh ni? Sesetengah mengesyorkan makanan kebanggaan negeri; Ipoh Chicken “Hor Fun” bersama taugeh dan segelintir lagi pasti mengesyorkan Nasi Ganja! Jadi kali ini, ayuh kita terokai keajaiban ‘Nasi Ganja’@ Kedai Kopi Yong Suan yang sangat terkenal bersama M Makan Kaki(s)!

Apa sebenarnya Nasi Ganja ni? Untuk yang masih tidak tahu; Ganja ni kalau di dalam Bahasa Inggeris adalah Cannabis! (Taktahu juga? Bob Marley kenal? Haha). Aduh! Nanti saya jadi ketagih tak? Adakah ia salah di sisi undang-undang? Antara perbualan yang dapat kita dengar apabila seseorang menyebut tentang hal ini. Walau bagaimanapun, tiada sebarang bahan terlarang yang digunakan dalam resepi ini (fuhh lega). Istilah ini tercipta oleh kerana tuan empunya kedai Nasi Kandar Ayam Merah berjaya memperoleh beberapa ‘peminat mati keras’ mereka sendiri (Ha ha ha.. Die-hard fans lah) yang menyata bahawa masakannya begitu enak sehingga ia menjadi ketagih seperti ‘ganja’ atau cannabis. Malangnya (atau nasib baik untuk sesetengah orang) ada yang menyatakan selepas menjamah Nasi Ganja sepinggan, anda akan merasa sangat mengantuk. Tapi sebenarnya, siapa je tak mengantuk selepas makan makanan yang begitu memuaskan?

Nasi Ayam Merah (Nasi Ganja) @ Kedai Kopi Yong Suan

Hidangan Khas

Nasi Ayam Merah (Nasi Ganja) @ Kedai Kopi Yong Suan

Kustard Telur

Nasi Ayam Merah (Nasi Ganja) @ Kedai Kopi Yong Suan

Nasi Kambing Kurmah

Nasi Ayam Merah (Nasi Ganja) @ Kedai Kopi Yong Suan

6 Pinggan Nasi Ganja

Nasi Ayam Merah (Nasi Ganja) @ Kedai Kopi Yong Suan

Gerai Nasi Ganja

Nasi Ayam Merah (Nasi Ganja) @ Kedai Kopi Yong Suan

Mr. Mohamed Nihmatullah Mustaffa

Nasi Ayam Merah (Nasi Ganja) @ Kedai Kopi Yong Suan

Dalaman Kedai Kopi

Anda pasti tahu bahawa Nasi Ganja adalah makanan yang sangat terkenal di negeri utara, yang mana pada awalnya berasal dari negeri Penang, Malaysia (orang Penang panggil Nasi Kandaq). Ia terdiri daripada nasi kukus yang dihidang bersama pelbagai jenis kari dan beberapa hidangan sampingan, kesemuanya dihidangkan dalam satu pinggan yang sama. Bergantung kepada citarasa setiap individu, anda boleh memilih sehingga 5-6 jenis kari didalam satu pinggan. Pelik? Nasi yang dibanjiri kuah ini pasti dapat memberi satu pengalaman baru untuk anda! Beroperasi di dalam sebuah kedai kopi cina yang dinamakan Kedai Kopi Yong Suan, ia adalah salah satu gerai nasi kandar yang sangat popular terletak di sudut Jalan Yang Kalsom di tengah-tengah kesibukan bandar. Kedai kopi ini mempamerkan suasana pada zaman dahulu kala dengan dinding yang telah dicat semula dan jubin lantainya. Menurut pengurus Nasi Kandar Ayam Merah, Mr. Mohamed Nihmatullah Syed Mustaffa, mereka sudah beroperasi selama 61 tahun semenjak tahun 1957. Pada awalnya, perniagaan ini dikendalikan oleh arwah atuk beliau iaitu Mr. Kassim Mohamad dan masa itu sepinggan Nasi Ganja hanya berharga RM1.20.

Jalan Yang Kalsom tidak asing lagi dengan barisan panjang dan keenakan aroma kari Nasi Kandar Ayam Merah @ Kedai Kopi Yong Suan yang menusuk hidung pasti membuatkan sesiapa yang lalu-lalang di hadapan gerai itu menelan air liur. Dikatakan bahawa pengunjung akan mula berduyun-duyun ke kedai kopi itu seawal jam 11.00 pagi. Hal ini menyebabkan orang ramai akan beratur panjang terutamanya pada waktu puncak (makan tengah hari) iaitu pada jam 12.00 tengah hari hingga jam 2.00 petang. Tidak dinafikan, kami telah membuat satu kesilapan. Kami meninggalkan M Roof pada jam 11.30 pagi dan sampai di sana pada jam 12.00 tengah hari; barisan panjang untuk pengunjung yang ingin membawa makanan pulang (takeaway) telah pun bermula. Mujur, kepada sesiapa yang menikmati makanan di gerai tersebut (dine in) ianya tidak mengambil masa yang lama dan tak perlu berbaris panjang; sebaik sahaja kami masuk, kami terus mengintai meja untuk 5 orang yang hendak beransur pergi (tepat pada masa). Kami memesan sebanyak 8 pinggan ‘nasi ganja’ yang dihidangkan bersama ayam yang dimasak khas (mengambil masa selama 8 jam untuk disiapkan), sayur bendi (okra), timun bersama kombinasi kari mereka dan… bunyi gendang, please!… resipi rahsia…sambal ganja! Dikhabarkan bahawa Sambal Ganja ini mengandungi kelapa dan daun pudina tapi kami tak dapat membodek pengusaha untuk memberitahu resipi beliau. Ditambah pula dengan setengah telur masin menjadikan jumlah hidangan ini menjadi RM 5.50 sepinggan. Kami juga memesan satu pinggan Kurma Kambing dan harganya mencecah sehingga RM11.00 sepinggan.

Nasi Ayam Merah (Nasi Ganja) @ Kedai Kopi Yong Suan

The M Makan Kaki(s)

Bagaimana pula dengan rasanya? Untuk citarasa kami, walaupun ayam gorengnya sedikit kering, tetapi lauk-pauk lain yang dihidangkan bersama begitu lazat sekali; ia membuatkan pengalaman kami kali ini amat menyeronokkan. Ayam goreng yang diselaputi kuah kari menjadikan rasanya sedikit kompleks dan berkrim ditambah pula dengan nasi panas yang baru lepas dikukus. Masih tak dapat kami dilupakan bagaimana rasanya apabila nasi itu sampai ke perut kami yang kosong… oh tidak! sekarang ia menganggu fikiran kami… sekarang barulah kami faham kenapa ia dipanggil dengan gelaran Nasi Ganja. Jadi, berbaloi tak kalau nak beratur panjang? Kepada penggemar masakan tradisi, kami sarankan agar anda mencubanya; tetapi kami nasihatkan agar anda meminta kuah kari yang lebih. Biar nasi tenggelam pun takpe! Dari segi harga, ianya sangat berbaloi untuk sepinggan Nasi Kandar dengan ayam. Tahu sebab apa? Kerana di Malaysia ni harganya boleh melambung naik jika dibandingkan dengan apa yang ditawarkan oleh Kedai Yong Suan, jadi kami takboleh cerewet sangat. Kelapan-lapan pinggan ‘Nasi Ganja’ termasuk minuman dan kustard telur berharga RM65.00, secara rawak, dalam RM8.00 seorang. Taklah terlalu mahalkan? Cubalah pergi dan kongsikan dengan kami sama ada anda bersetuju dengan kami atau tidak!

 

Nasi Ganja @ Kedai Kopi Yong Suan
4, Jalan Yang Kalsom, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak.
H/P No: 605 254 4314  (Pergi sebelum jam 12.00pm, kalau tak, mesti penuh!)
Dibuka setiap hari dari 9.30 pagi – 5.00 petang

NOTA : Kami tidak makan secara percuma, ataupun kami dibayar(ditaja) untuk food review ini. Semua kos makanan ditanggung oleh kami sendiri dan bukan daripada mana-mana tajaan. Food review ini adalah ringkasan umum dari maklum balas yang diberikan daripada semua ahli keluarga M Boutique yang mengambil bahagian.

Hi, saya peminat tegar anime One Piece ! Saya merupakan pejuang keyboard di M Boutique Family. Sering bertengkar dengan ketua editor kerana kesalahan tatabahasa. Itu perkara biasalah lah kome.
Close

M Boutique Family of Hotels | Official Group Website

Hotel & Kediaman yang Unik di Malaysia

M Boutique Family of Hotels | Official Group Website

Hotel & Kediaman yang Unik di Malaysia


Language