Restaurant Pakeeza

Pakeeza – Masakan India

Makanan India yang asli semuanya tentang kualiti kombinasi herba dan rempah-ratus. Kunyit,kayu manis, buah pelaga, jintan, ketumbar, dan cili merah adalah rempah-ratus yang sering digunakan dalam masakan India. Oleh itu ia dikira sebagai “Tujuh Kunci Rempah”. Jika ia disempurnakan dengan baik, masakan India mampu membuatkan seseorang itu menjadi ketagih. Dengan rasanya yang pekat dan kuat, ia mampu membuatkan rasa sesuatu hidangan itu mencecah ke tahap seperti ianya direndam dengan sedikit dopamine.

Sejak kebelakangan ini, hujan pasti akan turun di setiap petang. Jadi kami bersetuju untuk mencuba masakan pedas, yang mana kami berpendapat ia dapat memanaskan badan kami. Lihatlah, kami membawa diri kami ke restoran Masakan India Utara yang mana telah wujud sekitar 34 tahun lepas. Diasaskan oleh arwah En. Naiz Ali dan kini dikendalikan oleh anak beliau, En. Rizal Ali. Pakeeza adalah sebuah restoran yang mengkhususkan masakan India Utara dan ia adalah salah satu restoran masakan India yang tertua di pekan. Nasi Briani, Kari Kambing, Ayam Tandoori, Kari Kepala Ikan dan Palak Paneer: bayam tumbuk di hidangan bersama keju kotej di restoran ini sangat terkenal kepada penduduk Ipoh.

Pakeeza Restaurant & Catering Ipoh

Restoran Pakeeza dan Katering

Pakeeza Restaurant Ipoh

Set Hidangan Briyani – Ayam

Pakeeza Restaurant Ipoh

Ayam Masala

Pakeeza Restaurant Ipoh

Mutton Vandaloo

Mango Lassi & Orange Lassi

Mango Lassi, Orange Lassi dan Naan Bawang Putih

Puri

Puri

Pakeeza Crowded Ground Floor

Ruangan Utama Restoran Pakeeza

Pakeeza 2nd Floor

Ruangan Makan di Tingkat 2 Restoran Pakeeza

Memandangkan Restoran Pakeeza juga terkenal di Ipoh, kami sedar yang kami perlu sampai disana sebelum jam 7.00 petang, jika tidak, kami perlu menunggu lama untuk mendapatkan meja. Memang benar, kami tiba setelah sinar matahari yang terakhir diliputi awan gelap. Sebaik sahaja kami menjejakkan kaki keluar dari kereta dan menuju masuk ke pintu utama Pakeeza, jam menunjukkan tepat pukul 7.00 petang.

Penuh dengan perasaan ingin tahu, kami bertemu En. Shah, pengurus kepada Restoran Pakeeza, yang sangat mengalu-alukan kedatangan kami ke restoran beliau. Menjadi rakyat Malaysia yang tipikal, salah seorang dari keluarga kami memberitahu bahawa kami semua dari M Roof Hotel & Residences (kami semua memakai uniform lah!) dan akan mengadakan ulasan makanan di restoran ini; kami juga tertanya-tanya mengapa sebahagian Mutton Vindaloo muncul secara misteri di atas meja kami! Oh tidak! Ini adalah rasuah kepada perut kami! Walau bagaimanapun, kami sangat bersyukur dengan kemurahan hati mereka dan kami tetap membayar untuk makanan yang kami pesan.

Pakeeza Restaurant Ipoh

Gambar Bersama Keluarga

Pakeeza Restaurant

Senyuman yang luas oleh En. Shah

Memandangkan terlalu banyak makanan yang membuatkan kami terliur, kami mengambil sedikit masa untuk memutuskan apa yang hendak dipesan. Setelah 15 minit berlalu, akhirnya kami bersetuju untuk memesan Ayam Masala (ayam lembut dan pedas berkrim), Set Ayam Briyani (wajib dipesan), Pajeri Terung (walaupun untuk orang yang tidak menggemari terung akan menyukai hidangan ini! Dijamin keenakkannya!), Cheese Naan dan Bawang Putih, Ayam Mentega Tikka, 5 keping Puri (perlu dipesan!), dan akhir sekali, Keema Naan bersama Daging. Tidak berapa menggemari roti? Jangan khuatir! Pakeeza juga menawarkan pelbagai pilihan nasi untuk di jamah bersama kari pilihan anda. Bermula dari nasi kukus kosong hingga nasi sayuran, ayam, kambing atau briyani daging, anda akan menggemari setiap pilihan disini. Selepas 10 minit menunggu, kesemua hidangan kami tiba. Boleh dikatakan layanannya agak pantas apabila melihat restoran mereka tidaklah begitu kosong.  Sedang kami sibuk berborak, restoran ini dipenuhi pengunjung dalam beberapa minit sahaja. Jadi, jika anda datang dalam kumpulan yang besar, adalah lebih baik jika anda menelefon restoran terlebih dahulu untuk menempah meja. Ayam Masala adalah hidangan yang pertama dihidangkan dan ianya begitu sedap! Ia mencapai keseimbangan antara rasa manis dan rasa pedas bersama tambahan yogurt di dalam kari tersebut. Di ikuti sajian khas mereka iaitu Set Ayam Briyani bersama Pajeri Terung. Ayam Briyani adalah hidangan lazat yang mana ayam diperap dengan rempah bersama bawang caramel dan nasi saffron di atasnya. Manakala, Pajeri Terung pula adalah terung yang sederhana pedas, sangat lembut dan juga berair. Pada pendapat saya, Pajeri Terung ini adalah pajeri yang paling sedap pernah saya cuba.

Bagaimana pula dengan minuman? Menurut En. Shah, minuman yang sering disyorkan adalah minuman terkenal disitu iaitu Mango Lassi dan Orange Lassi. Jika anda tidak tahu apa itu lassi, ia adalah minuman yogurt traditional yang terkenal berasal Benua India. Ia adalah campuran yogurt, air, rempah dan perasa buah-buahan. Selain daripada lassi, ada diantara kami yang memesan Lemon Teh Ais, Jus Karrot dan Nenas Mint. Harga secawan minuman bermula dari RM7 hingga ke RM10 bergantung kepada pilihan peribadi. Kami tidak tahu bahawa Restoran Pakeeza ini dapat memuatkan sehingga 200 orang pada satu masa, sehinggalah kami diberitahu oleh En. Shah. Pakeeza mungkin kelihatan agak kecil apabila seseorang itu masuk ke dalam (80 bangku) dengan 1 bilik peribadi untuk 10-12 orang, tetapi tangga yang menuju ke tingkat dua mendedahkan bahawa ruangan ini dapat memuatkan sehingga 100 orang. Pada waktu puncak siang mahupun malam, pengunjung akan dipimpin untuk ke tingkat atas dimana mereka akan dapat menjamu selera dalam keadaan yang selesa. Ruangan ini jugal sesuai untuk sebarang parti atau acara.

Tidak perlu untuk diberitahu, makan malam kami disini sangat memuaskan. Kos untuk setiap hidangan berjumlah RM22 setiap orang. Sekarang, baru kami faham mengapa mereka dapat mengekalkan perniagaan mereka selama 40 tahun. Hal ini kerana, komitment mereka dalam memastikan kualiti makanan yang tinggi, layanan dan nilai yang baik. Teruskan, Pakeeza!

Address

No. 15-17, Jalan Dato Seri Ahmad Said,

30450, Ipoh, Perak.

H/P No: +6018 767 7941

Opens daily from 11am-3pm, 6pm-10.30pm.

NOTA : Kami tidak makan secara percuma, ataupun kami dibayar(ditaja) untuk food review ini. Semua kos makanan ditanggung oleh kami sendiri dan bukan daripada mana-mana tajaan. Food review ini adalah ringkasan umum dari maklum balas yang diberikan daripada semua ahli keluarga M Boutique yang mengambil bahagian.

Hi, saya peminat tegar anime One Piece ! Saya merupakan pejuang keyboard di M Boutique Family. Sering bertengkar dengan ketua editor kerana kesalahan tatabahasa. Itu perkara biasalah lah kome.
Close

M Boutique Family of Hotels | Official Group Website

Hotel & Kediaman yang Unik di Malaysia

M Boutique Family of Hotels | Official Group Website

Hotel & Kediaman yang Unik di Malaysia


Language