Kafe Thumbs

Kafe ‘hipster’ memang tidak asing lagi di negeri Ipoh. Dengan menu yang menarik serta rekaan dalaman yang mempersonakan,  pasti ia mampu menarik minat orang ramai untuk mengunjunginya. Kalau lah saya boleh hilangkan sesetengah kafe di Ipoh ini semudah memetik jari, sudah pasti saya tidak perlu bertekak dengan yang lain untuk memilih lokasi food review yang seterusnya. Jangan risau, misi kami masih belum berakhir, tidak seperti “Avengers : End Game” yang menandakan tamatnya siri Avengers (love you 3000 times). Food review M Makan Kaki’s tidak akan sesekali menemui jalan buntu! Tertanya-tanya di mana anda boleh menikmati hidangan barat (western) dan hidangan tempatan di bawah satu bumbung? Kali ini, jom kita ke Thumb Café!

Greentown Dim Sum Kafe

Idamkan Dim Sum untuk makan malam? Tapi mana nak cari? Kepada semua Kaki Makan di luar sana, terutamanya kepada rakan muslim yang teringin nak merasa Chinese dim sum, jom kita terjah Greentown Dim Sum Kafe. Kita semua tahu kebiasaannya dim sum menjadi juadah untuk sarapan pagi, tetapi kali ini kami berjaya membuat tempahan untuk makan malam (walaupun Papa dah warning makanan akan banyak habis bila kami sampai nanti). Saya perasan kedai ini setiap kali saya ke pejabat  PTPTN (anda tahu la kenapa saya ke sana kan, hahaha jangan lupa bayar hutang). Saya sering melihat kedai ini dipenuhi orang ramai yang sedang menikmati makanan mereka. Rasa kekok untuk terus menaip bila Papa duduk dekat sebelah saya sekarang ni, lagi-lagi bila nak mengaku yang ini merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki di kafe ini walaupun ia sudah beroperasi selama 9 tahun. Tapi bak kata orang putih “better late than never” kan? Apa yang menarik perhatian kami tentang kafe ini adalah pelanggannya yang terdiri daripada semua lapisan masyarakat di Malaysia walau berbeza warna kulit dan kepercayaan. Itu sebabnya M Makan Kaki’s bernekad untuk mencuba makanan di sini. Bandar Ipoh boleh dikategorikan sebagai ‘syurga dim sum’, tetapi tidak semua orang berpeluang untuk mencubanya. Yakinlah! Greentown Dim Sum Kafe adalah satu-satunya kedai di bandar Ipoh yang mempunyai sijil halal dari JAKIM! (jangan was was). Oh ya! Mungkin Canning Dim Sum Kafe terlintas di fikiran anda sekarang, jangan salah faham bahawa kafe di sana cuma ‘bebas babi’ dan tidak mempunyai sijil halal.

Labu Sayong Signature Meru

Pernah anda lihat sebuah restoran di dalam rumah warisan melayu? Ayuh teroka Restoran Labu Sayong Signature bersama kami, M Makan Kaki’s! May the food be with you. Ha Ha Ha. Labu Sayong Signature diasaskan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) berdasarkan seni bina “Rumah Kutai”, rumah tradisional melayu yang sinonim di negeri Perak, Malaysia pada awal tahun 1900. Terletak tidak jauh dari Bulatan Amanjaya di Meru Raya, restoran ini merupakan suatu inisiatif terbaik dalam mempromosikan masakan dan seni kulinari negeri Perak. Jangan keliru kerana restoran ini juga mempunyai cawangan lain iaitu Labu Sayong @Silveritage yang terletak di Medan Gopeng. Walau bagaimanapun, cawangan ini tidak lama lagi akan berpindah berhampiran dengan cawangan utama mereka iaitu Labu Sayong Signature; dan kali ini mereka akan lebih fokus kepada makanan laut Melayu (di dalam rumah tradisional juga!) tapi itu cerita lain……

Close

Language