Kafe Cakchibow
Peningkatan kafe “hipster” di Ipoh melonjak naik semenjak dari beberapa tahun yang lepas. Kebanyakkan kafe yang bergaya ini dimiliki oleh Muslim, secara tidak langsungnya meningkatkan jumlah tempat melepak yang “Halal” selain daripada tempat melepak yang tipikal seperti McD, KFC atau warung mamak. Semua kafe ini berkongsi satu persamaan iaitu mereka hanya beroperasi pada waktu makan malam sahaja (buat masa ni la). Hal ini mungkin di kerana Ipoh terkenal dengan angin malam yang begitu dingin (boleh dikatakan seperti penyaman udara semula jadi), jadi penyaman udara tidak lagi diperlukan.
Ayuh kita ke salah satu kafe yang begitu unik; terletak di antara barisan kedai runcit lama berseni bina kolonial di Jalan Sultan Iskandar, Kafe Cakchibow mengekalkan struktur bangunan asal yang dibina pada tahun 1931 menjadikan ianya lebih unik berbanding kafe hipster lain di Ipoh yang mengkhususkan Masakan Barat. Dibuka pada 18 December 2015 oleh En. Adriz Farik Bin Abdul Halim, Kafe Cakchibow berjaya menaikkan nama mereka dengan menjadi kafe yang menghidangkan saiz makanan dan minuman yang besar pada harga yang berpatutan.