fbpx

Sarungkan kasut dansa anda dan nikmati parti mee di tempat baharu yang semakin “hit” di Ipoh  ━  Semangkuk by WaYahaya. Tanpa diduga kini semakin banyak Kopitiam Chinese-style yang halal di Ipoh. Semangkuk dimiliki oleh Cik Azura atau turut dikenali sebagai Wa, yang membawa resepi keluarga yang diwarisi daripada neneknya yang merupakan seorang (Chinese muslim).

Bersama Cik Azura

Cik Azura meminati masak sejak dari kecil, di mana dia membesar dengan melihat neneknya memasak. Minat memasak yang mendalam mendorongnya untuk berniaga secara kecil-kecilan bermula dengan COD mee. Seterusnya dikembangkan kepada warung mee di dalam Kafe Cucu Wan. Selepas beberapa tahun beroperasi, dia mengambil (bold move) untuk membuka Semangkuk.

Korang mesti terfikir, dekat mana Semangkuk ni? Senang je nak cari, Semangkuk terletak bersebelahan dengan Restoran Simpang 3 (kira jiran la kan?). Bagaimana pula dengan suasana di sini? Papa kata pinggan dan mangkuk berwarna-warni yang tergantung dan menghiasi dinding kelihatan seperti di Kopitiam cina, beza sedikit dari segi warna). Tambahan lagi, saya terkejut apabila dapat tahu mereka mempunyai lebih kurang 12 jenis hidangan mee (nama kan saje). Sudah pasti kami akan memesan hampir kesemua menu untuk memenuhi selera yang membuak!

Menu Kopitiam

Roti Bakar
(RM3.80)
Roti Kukus Kaya
(RM3.80)
Roti Telur Goyang
(RM4.80)

Saya terus jadi lapar selepas terangkan serba serbi mengenai Semangkuk, sebaiknya kita bersedia untuk berhibur. Dengan sekelip mata, saya lihat krew mereka menuju ke meja kami dengan sepinggan roti bakar. Kami memulakan rentak tari di pentas tarian dengan hidangan ringan, Roti Kukus Kaya dan Roti Bakar. Untuk memulakan ulasan makanan, hidangan ini sukar untuk ditolak tepi kerana gabungan salutan mentega yang tebal beserta kaya yang berkirim. Lebih-lebih lagi tiada yang dapat tandingi rasa Roti Bakar Telur Goyang. *mari kita goyangkan kepala bersama!

Semuanya Tentang Mee

Mee Kari
(RM8.80)
Mee Rebus Tulang
(RM9.80)
Mee Udang
(RM11.80)

Kami mulakan parti mee dengan hidangan Mee Kari. Thinkerbell tidak henti menghirup kuah. Sepanjang masa dia terpukau dan tidak henti cakap “Sedapnya!”. Boleh Nampak dari riak muka dia yang tak habis tersenyum sambil menikmati setiap suapan yang penuh berkrim dan beraroma. Seterusnya, anda boleh dapat semangkuk Mee Rebus Tulang dengan kuah yang pekat dan manis. Hidangan berikutnya pula ialah Mee Udang…..membuatkan kami semua menjerit ‘Holy mackerel!’, (walaupu tiada ikan digunakan di dalam hidangan ini). Gambaran udang yang terletak baik di atas timbunan mee membuatkan ia semangkuk mee udang yang meyelerakan.

Great Coconutty Taste

Laksam
(RM6.80)
Laksa Sarawak
(RM12.80)

Kami mula ‘mosh’ dengan persembahan terbaik oleh hidagan Laksam. Ia dibuat daripada bancuhan tepung beras yang dikukus membentuk seakan dadar dan digulung setelah masak. Ia kemudian dipotong bulat dan dihidangkan bersama kuah lemak putih, ulam dam sambal yang memberikan rasa “umami”. Semestinya Laksam ini menjadi pilihan no.1 saya di sini! Bukan itu sahaja, Laksa Sarawak turut mencuri perhatian kami. Ia memberikan rasa rempah ratus yang kompleks….saya begitu menikmati kepekatan kuah yang berlemak.

Ah Tidak! Parti Dah Nak Habis!

Wantan Mee
(RM7.80)
Chicken Hor Fun
(RM8.80)

Ketika persembahan masih  diteruskan, kami mencapai sepinggan Wantan Mee. Kesemua tangan ke atas! Mee yang kenyal disatukan bersama sos kicap pekat, dihidangkan juga bersama cili jeruk, sayur choy sum…..hidangan ringkas tapi cukup sedap. Oh, ia juga dating bersama semangkuk sup beserta dumpling di dalamnya. Terakhir, tidak boleh dilupakan kepada hidangan Ipoh Chicken Hor Fun, hidangan yang bagi kami perlu diberikan tepukan gemuruh. Rakan kami habiskan Hor Fun ini dengan begitu sahaja.

Tak parti lah tanpa minuman kan? Kami memilih barisan air yang berwarna warni seperti di atas untuk menghilangkan rasa dahaga. Kami mencadangkan anda untuk mencuba air Teh Cinnamon Ais. Rasa kulit kayu manis mendominasi rasa the yang memberikan rasa yang luar biasa. Saya tidak pernah rasa the seperti ini.

Jumpa Lagi, Semangkuk

Walau bagaimanapun, masa berlalu ketika kita tengah asyik berseronok. Kami begitu menikmati masa kami di sini dan membelanjakan sebanyak RM116.55. Semestinya saya beri mereka 9/10! (Papa mesti akan hentam saya lagi sekali, tapi sorry la Papa saya betul suka hidangan mee di sini). Semangkuk mee di kedai Semangkuk sememangnya berbaloi untuk di cuba. Rasa semangkuk tak cukup!

Alamat
D-G, Jalan Dato Seri Ahmad Said, Kampung Kastam Greentown, 30450 Ipoh, Perak
No. Telefon

Waktu Operasi
8.00 pagi – 5.00 petang (Isnin hingga Ahad)

NOTA : Kami tidak makan secara percuma, ataupun kami dibayar(ditaja) untuk food review ini. Semua kos makanan ditanggung oleh kami sendiri dan bukan daripada mana-mana tajaan. Food review ini adalah ringkasan umum dari maklum balas yang diberikan daripada semua ahli keluarga M Boutique yang mengambil bahagian.

Rookie writer who stares into the space thinking about how bedazzled her life with boba and star wars...
Close

Language