Hello semua, M Makan Kaki kini telah kembali! Sewaktu ditanya mengenai lokasi yang ingin dituju seterusnya, saya tersenyum sini dan menjawab “Rahsia”. Dengan muka yang berkerut mereka berkata “Serious lah, jangan main-main. Kenapa la nak rahsia rahsia?”. Bawa bertenang semua, kenapa nak serious sangat ni? Tapi yang pasti saya bukan nak kenakan dorang. Memang betul ada tempat yang dipanggil Rahsia. Betul, tak tipu!

Rahsia? Biar Betul?

Bagi mereka yang tidak tahu mengenai tempat ini, biar saya pecahkan rahsia. Sebagai penjelasan, ia merupakan sebuah kedai kopi bagi mereka yang inginkan kafein untuk memberikan semangat untuk memulakan hari. Rahsia terletak beroperasi di dalam rumah kedai lama di tingkat atas kedai “Green Lavish Food Store”, Taman Canning. Walau bagaimanapun, kami tidak dapat untuk pergi ke sana sebab Papa tak beri keizinan untuk kami keluar dan main-main. Kalau tak, boleh la jugak kami tunjuk setiap sudut yang ada di kedai ini kepada anda.

Sebelum bermula, kami ingin meminta maaf kerana terlalu lama meninggalkan anda dengan posting yang lama. Pandemik ini teramat sukar untuk diatasi dan sentiasa membuatkan kami (off track). Selepas hampir 5 bulan berlalu, masa untuk kami munculkan diri Kembali. Oh, rindu betul dengan penjelajahan makanan kami……

Rahsia Yang Perlu Dikongsi

Bagi memulakan ekspedisi, ini serba sedikit mengenai Rahsia. Meskipun baru beroprasi pada 6 Jun 2021, mereka dengan cepat menjadi tempat mengopi yang estetik dengan suasana yang tenang. Oleh kerana kami tidak dapat turun padang, saya menemu ramah krew Rahsia melalui WhatsApp untuk dapatkan serba sedikit maklumat. Menurut mereka nama Rahsia terdetik daripada idea untuk menjadikan satu ruang yang ‘dekat’ dengan diri seolah kita selesa untuk berkongsi rahsia. Tidak dapat dinafikan budaya minum kopi telah diamalkan oleh rakyat Malaysia dari generasi ke generasi. Oleh kerana itu, ianya mudah diterima oleh generasi muda kini. Oleh kerana itu, ia memberikan inspirasi kepada Rahsia membawa budaya ini kepada komuniti di Ipoh.

Penghantaran Kopi Terus Kepada Anda

Disebabkan penjarakan sosial masih dipraktikkan dan dine in tidak dibenarkan di Rahsia, kami fikir apa kata kami nikmati secawan kopi dengan penuh selesa di rumah sahaja (pejabat sebenarnya…..). Tambahan lagi apabila banyak tempat makan sekarang hanya menjalankan perniagaan secara penghantaran dan bawa pulang (takeaway). Jadi, Foodpanda lah penyelamat kami!

Pada mulanya, kami memesan beberapa minuman beserta Roti Bakar Manis dan Snadwich Tuna. Bagaimanapun, pesanan kami telah dibatalkan dan sepantas kilat saya terus menghubungi Rahsia untuk dapatkan penjelasan. Dengan pantas mereka menjelaskan ia merupakan kesilapan mereka tidak membuang ruangan makanan di Foodpanda. Oleh itu, saya terpaksa membuat pesanan semula (hanya minuman sahaja) tepat pada pukul 12:30 tengah hari dan ianya sampai kepada kami 25 minit kemudian.

Menu Rahsia

Selepas itu, kami bawa pesanan tersebut ke tingkat 12 (The Glass House) untuk sesi bergambar. Bahkan juga, lokasi ini menjadi port yang terbaik untuk menikmati minuman dengan suasana yang lebih santai. Sesungguhnya pilihan yang ada takkan mengecewakan anda di mana ianya terdiri daripada minuman kopi dan bukan kopi. Nama menu mereka juga begitu unik di mana menurut mereka nama setiap minuman diinspirasikan nama-nama yang sesuai dengan karakter dan diolah daripada unsur-unsur alam dan sekeliling. Sebagai perhatian, terdapat perbezaan yang ketara bagi harga minuman daripada harga normal di kedai kerana kami menggunakan perkhidmatan Foodpanda.

Legam

Legam (RM9.10)

Saya mungkin bukanlah seorang penggemar kopi yang tegar, namun banyak terma yang telah saya dapat pelajari melalui penulisan ini. Dangan itu, saya mulakan dengan minuman pertama yang diberi nama Legam. Secara amnya, ia merupakan secawan kopi yang dibuat daripada campuran 2 shot espresso dan air panas. Akan tetapi, sewaktu memesan rakan kami secara spesifik inginkan ia hanya dengan 1 shot espresso. Dia menghabiskan minuman ini dengan begitu cepat…..saiz cawan yang lebih besar mungkin dapat membantu?

Disebabkan terlalu cerewet, kopinya kurang kaw…..hilang kepekatan rasa kopi. Menginginkan rasa kopi yang lebih kuat, saya rasa dia patut kekalkan cara penyediaan yang dicadangkan oleh Rahsia iaitu 2 shot espresso. Anda semua boleh salahkan dia di dalam hal ini…..

Putih

Putih (RM13.00)

Secara khususnya, bagi yang meminati kopi yang lebih berkrim dan kurang pahit, Putih merupakan pilihan yang tepat. Putih adalah kombinasi espresso dan susu, juga dikenali sebagai latte. Thinkerbell suka akan rasa kurang pahit, rasanya umpama meminum susu coklat (menggunakan coklat untuk menerangkan kemanisan dan rasa (milky). Semestinya rasa kopi masih ada, tetapi rasa pahitnya kurang…..membuatkan ia senang untuk diminum.

Jingga dan Hazel

Jingga (RM16.90)

Hazel (RM16.90)

Okay kita teruskan dengan Latte, ia juga mempunyai perisa lain yang digabungkan dengan air gula (syrup) atau serbuk perisa. Hanya perlu menambah perisa pilihan anda dan voilà…..perisa kopi baharu sedia untuk dinikmati. Di Rahsia, mereka mempunyai beberapa pilihan seperti Jingga, Hazel, Moka dan Debu. Lihat gambar-gambar ini membuat saya keliru untuk kenal pasti mana satu Jingga atau Hazel…..warna air seakan sama. Korang boleh nampak perbezaan antara minuman ni tak?

Kita teruskan ulasan dengan Jingga…..pertama sekali saya menjangkakan Jingga dihidangkan dengan (drizzle all over the cup), tetapi tiada. Bukan ke sepatutnya latte karamel dihidangkan seperti ini? Bagi sesiapa yang menginginkan secawan lighter-roasted coffee, Jingga boleh menjadi pilihan yang ideal untuk anda. Kesimpulannya, sesiapa yang meminati minuman yang lebih manis, ada boleh cuba Jingga ni.

Masa untuk mencuba minuman seterusnya, Hazel. Latte Hazelnut diperisakan dengan sirap hazelnut yang banyak, memberikan perasa dan aroma hazelnut yang kuat. Latte ini penuh dengan rasa manis dan rasa hazelnut, jauh lebih manis berbanding Jingga.

Moka dan Debu

Moka (RM15.60)

Debu (RM15.60)

Kita teruskan pula dengan Moka dan Debu. Minuman ini menggabungkan serbuk perisa dan espresso shot yang menghasilkan suatu rasa yang luar biasa. Rahsia menggunakan serbuk koko premium, susu dan espresso dalam pembuatan Moka. Ia mempunyai rasa coklat yang  menyelerakan dengan sedikit pahit selepas satu tegukan.

Minuman seterusnya ini sedikit berbeza, minuman bestseller dan signature di Rahsia iaitu Debu. Ia merupakan menu istimewa yang ditambah arang aktif (activated charcoal powder), garam dan susu. Serbuk ini memberikan rona hitam kelihatan seperti debu. Saya jamin rasa Debu ni lebih baik daripada rupanya. Bak kata orang, “Don’t judge book by it’s cover”. Tambahan lagi, arang aktif ini dikatakan berfungsi sebagai pembersih pencernaan yang baik. Adakah sebab ini rakan kami terus pergi ke tandas selepas habiskan secawan Debu?

Kuntum dan Héjau

Kuntum (RM13.00)

Héjau (RM18.20)

Cukup lah dengan kopi ni, sekarang kita akan beralih mood pulak kepada minuman bukan kopi. Seteguk air Kuntum pasti akan menghilangkan rasa dahaga anda. Minuman yang menyegarkan ini dibuat daripada bahan segar, buah-buahab dan soda. Ia dikombinasikan dengan lemon, longan, pudina, asam boi dan serai. Gabungan kesemua bahan ini menghasilkan satu minuman yang sedap dan nyaman.

Terakhir sekali, bagi peminat matcha seperti saya pasti akan menyukai minuman ini. Di Rahsia, menu Héjau adalah matcha latte yang disediakan menggunakan serbuk matcha Shizuoka bersama susu dan ais. Saya begitu meminati konsistensi airnya yang lembut, lemak dengan kemanisan yang ‘just right’.

Terlebih Dos Kafein

Disebabkan kami terlalu banyak minum kopi pada hari ini, berkemungkinan kami akan diagnosis dengan pengambilan kafein berlebihan. Kami membelanjakan sebanyak RM116.35 untuk kesemua lapan minuman dan memberi mereka 6/10. Kesimpulannya, Rahsia bukan lagi suatu rahsia…..minuman dengan nama yang unik ini semestinya membuatkan ia sebuah tempat rahsia yang patut dikunjungi.

Alamat
5A, Lorong Cecil Rae, Canning Garden, 31400 Ipoh, Perak
No. Telefon
010-8756525
Waktu Operasi
Tutup – Rabu
11.00 pagi – 6.00 petang (Khamis hingga Selasa)

NOTA : Kami tidak makan secara percuma, ataupun kami dibayar(ditaja) untuk food review ini. Semua kos makanan ditanggung oleh kami sendiri dan bukan daripada mana-mana tajaan. Food review ini adalah ringkasan umum dari maklum balas yang diberikan daripada semua ahli keluarga M Boutique yang mengambil bahagian.

This post was last modified on Februari 7, 2023 5:11 pm

Share
Published by
Shahirah Aziz