Di kawasan pekan lama Ipoh yang terpencil, tersisip sebuah kafe yang begitu menarik dan menggamit nostalgia dengan dekorasi barangan antik yang diberi nama Vintage Cafe No.100. Banner besar yang digantungkan di bahagian luar menjadi petunjuk bagi mereka yang mencari lokasi kafe ini. Kalau anda semua nak tahu, sebenarnya telah kami sesat….. Namun begitu, kami menyedari bahawa ianya amat berbaloi, sebaik sahaja kami masuk ke dalam kafe tersebut oleh kerana hiasan dalamannya yang begitu indah.

Kenangan Barangan Lama

Apa yang pasti, setiap orang daripada kami mengimbau kenangan silam apabila melihat barangan lama yang ada di dalam kafe ini. Begitu cepat masa berlalu, barangan antik ini semakin ditelan zaman. Terdapat piring hitam, pemain rekod lama, botol kaca Coca Cola, papan iklan lama, beg kertas, album lama dan lain-lain. Untuk pengetahuan anda, ini merupakan koleksi peribadi pemilik kafe yang telah dikumpulkan selama hampir 20 tahun (Wow! Kami pun terkejut). Barangan yang paling mahal di sini merupakan alat pemain muzik iaitu “jukebox” (malangnya ianya tidak lagi berfungsi). Apabila kami bertanyakan tentang jumlah keseluruhan yang telah dibelanjakan, Encik Hafizi mengeluh dan menyatakan ‘banyak!”. Papa mencadangkan kami untuk menonton rancangan seperti The Pickers, Pawn Stars or Storage Wars di History Channel sebagai perbandingan orang lain yang mempunyai hobi mengumpul koleksi lama.

Table Top Football Maniac

Kami masih lagi terpaku dengan lambakan barangan antik yang terdapat di sini. Lelaki tetap lelaki. Mereka begitu tertarik dengan papan mainan Foosball. Saya langsung tidak boleh menumpukan perhatian dengan bunyi jeritan dan dentuman ‘bang’ semasa mereka bermain, lebih-lebih lagi apabila mereka memutarkan pemegang foosball tersebut. Mujurlah kafe ini tidak dipenuhi dengan pelanggan yang lain, kalau tak mesti kami akan dianggap mengganggu ketenteraman orang lain. Riuh satu kedai! (Geleng kepala).

Vintage Cafe No.100? Kenapa 100?

Di dalam masa yang sama, M Makan Kaki terfikir mengapa kafe ini diberi nama No.100? Kenapa tidak No.99 atau No.200? Pemilik kedai berpendapat bahawa ianya begitu unik dan sangat bermakna untuk menamakan kafenya sebegitu. Ia juga diberi nama bersempena dengan nombor premis kedai tersebut. Vintage Cafe No.100 merupakan pendatang baru di Ipoh yang sudah beroperasi selama 5 bulan selepas pembukaan rasmi mereka pada 15 Oktober 2019. Walaupun ianya masih baru, kafe yang berkonsepkan kopitiam ini akan mengimbau seolah anda berada di zaman dahulu dengan perabot antik dan barangan vintajnya, percaya lah cakap saya.

Menu Ringkas, Rasa Sedap

Cukup dengan Foosball, tiba masa untuk makan! Vintage Cafe No.100 menawarkan beberapa hidangan tempatan. Pertama, semangkuk laksa dengan kuah berwarna hijau (menggunakan cili hijau selain daripada cili merah) sangat sedap. Percaya atau tidak, anda akan inginkan semangkuk lagi. Kedua, Mee Rebus dan Rojak Pasembor merupakan resepi turun temurun keluarga Encik Hafizi. Kedua-dua hidangan ini sememangnya lazat dengan kuah yang pekat dan manis. Untuk hidangan seterusnya kesemua perhatian diberikan kepada Maggi Kari Pedas. Mengimbau kembali saat memikmati Mee Kari Pedas di Yik Fong ketika zaman persekolahan, telah memberikan inspirasi kepada Encik Hafizi untuk mencipta hidangan ini dengan versi tersendiri. Keputusannya? Slurppp! Ia pasti akan membuatkan deria rasa anda meletus dengan hanya sehirup kuah. Anda juga perlu mencuba menu promosi mereka iaitu Mee Udang Hokkien. Kuahnya mempunyai rasa manis udang (anda pasti terliur!). Selain itu, kami turut mencuba Roti Goyang dan Roti Bakar sebagai snek petang…….

Cawan Plastik Old-School

Tahukan anda mereka menyajikan minuman di dalam cawan plastik lama 7up dan Pepsi? Memang cukup old-school kan? Dengan pantasnya, kami mengeluarkan telefon bimbit dan mengambil gambar untuk dikongsikan di dalam Insta-Story! Itu lah kuasa Instagram. Malangnya, walaupun ianya disajikan dengan cukup kreatif, namun rasa minumannya biasa-biasa sahaja.

Ipoh’s Mural Art Street Right Around The Corner

Ingin saya kongsikan di sini bahawa Ipoh Art Street terletak betul-betul di belakang kafe ini. Oleh yang demikian, pintu belakang kafe ini sentiasa terbuka. Hanya jalan melintasi pintu belakang kafe ini, anda boleh lihat sendiri lorong yang penuh dengan mural ini. Encik Hafizi menyatakan pelancong asing yang berjalan di sepanjang lorong mural tersebut akan berhenti seketika di kafenya. Selain itu, Encik Hafizi turut menambah bahawa orang tempatan akan datang ke kafenya dengan menggunakan pintu hadapan dan begitu lah beliau mengenali pelanggannya.

Muzik Piring Hitam Mneghangatkan Suasana

Peminat setia Datuk Siti Nurhaliza sering bertanya kepada pemilik kafe ini mengenai album piring hitam idolanya yang tersergam di dinding kafe. Dengan itu, Encik Hafizi membuka almari yang menempatkan koleksi piring hitamnya dan menyerahkan album tersebut kepadanya. Jelas keterujaan apabila dia tidak lekang daripada memandang piring hitam. Alangkah bertuahnya kami apabila Encik Hafizi memainkan piring hitam tersebut dengan pemain piring hitam berjenama Garrardnya.

Sayonara Vintage Cafe No.100, Hanya Untuk Sekarang…

Sebelum kami mengucapkan selamat tinggal kepada kafe ini, kami mencadangkan anda untuk mengunjungi Vintage Cafe No.100 sekiranya anda suka akan….Kafe ini bukan hanya vintaj, lain daripada yang lain dan mempunyai barangan lama, harga nya juga santa bebaloi. Setakat ini, ini merupakan bajet yang paling rendah yang pernah kami belanjakan….cuba teka? Ia hanya RM55.70 untuk sembilan orang! Papa sering kali berleter kepada saya mengapa saya sering memberikan kadar rating yang tinggi pada setiap ulasan makanan. Walau bagaimanapun, nampaknya kafe ini turut akan mendapat rating yang baik…..(tapi rating untuk kali ini sememangnya lebih tepat kerana ia berpandukan kepada feedback yang lain). Dengan itu, kami memberikan 7/10 kepada Vintage Cafe No.100! Apa yang kami harapkan ialah pihak kafe ini akan menambah hidangan-hidangan baharu di dalam menu yang sedia ada untuk menambahkan pilihan makanan. (Papa akan bebel lagi kepada saya la ni nampaknya).

p/s : Untuk pengetahuan anda, keesokan harinya saya dan rakan perempuan yang lain pergi ke kafe ini untuk menikmati laksa. Anda boleh saksikan sendiri bagaimana Laksa kafe ini telah membuatkan kami mengidam untuk mencubanya sekali lagi.

Alamat
100, Jalan Sultan Iskandar, Taman Jubilee, 30000 Ipoh, Perak
No. Telefon
+60195582838
Waktu Operasi
Tutup – Isnin
8:30 AM – 7:00 PM (Selasa hingga Khamis dan Ahad)
8:30 AM –10:00 PM (Jumaat dan Sabtu)

NOTA : Kami tidak makan secara percuma, ataupun kami dibayar(ditaja) untuk food review ini. Semua kos makanan ditanggung oleh kami sendiri dan bukan daripada mana-mana tajaan. Food review ini adalah ringkasan umum dari maklum balas yang diberikan daripada semua ahli keluarga M Boutique yang mengambil bahagian.

This post was last modified on Februari 7, 2023 5:23 pm

Share
Published by
Shahirah Aziz